SITI AMINAH BINTI ISHAK, NURULFAHIMAH BINTI HALIAH, NURLIA BINTI SHAARI
1. PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan eidisi keempat, perkataan ‘komitmen’ membawa pengertian sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga, perhatian, menunjukkan sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada sesuatu.

Oleh itu ”Komitmen Penganut Terhadap Tempat Ibadat” dapat didefinisikan sebagai sikap dan sokongan penganut dan pengikut sesuatu agama terhadap tempat ibadah mereka. Dalam kertas kerja ini, penulis mengetengahkan empat agama iaitu Islam, Buddha, Hindu dan Kristian, yang mana tempat ibadah agama tersebut ialah Masjid, Tokong, Kuil dan Gereja.

Tambahan lagi, bagi mendapatkan jawapan daripada persoalan “Komitmen Penganut Terhadap Tempat Ibadat” tersebut, penulis telah menjalankan soal selidik dalam kalangan mahasiswa/I di Universiti Kebangsaan Malaysia. Melalui cara ini, penulis dapat memberikan gambaran secara kasar tentang sikap dan sokongan setiap penganut agama terhadap tempat ibadat masing-masing.

2. TEMPAT-TEMPAT IBADAT

Terdapat pelbagai agama yang muncul di dalam dunia ini.Oleh yang demikian, bagi setiap agama tersebut mempunyai satu tempat khusus yang dibina untuk penganut yang mana tempat tersebut dikenali sebagai tempat ibadat. Oleh yang demikian, bagi penganut agama Islam tempat ibadat mereka ialah masjid. Manakala bagi agama Buddha, tempat ibadatnya ialah Tokong, agama Hindu ialah Kuil dan gereja merupakan tempat ibadah bagi penganut agama Kristian.

2.1 Masjid

Masjid berasal daripada perkataan Arab “sa-ja-da” yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Tambahan lagi, masji juga dikenali dengan “Baitullah” Rumah Allah. Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah Al-Haram iaitu Ka’abah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat Islam, iaitu arah menghadap muka dan dada ketika mengerjakan solat. (Mohd Gunawan Che Ab. Aziz 2008)

Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Terdapat pendapat yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid.Antaranya ialah Al-Zakrkasyi dan Al-Zajaj. Mereka menyatakan sedemikianberdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :” Dan dijadikan bumi ini bagi aku tempat sujud serta suci bersih” ( Imam Badruddin Muhammad Bin Bahdirin al-Zarkasyi Al-Syafi’I 1995)

Dalam hal ini, Qadhi Iyadh berpendapat berkata : Ini adalah antara ciri-ciri umat ini, kerana orang-orang sebelum kita tidak akan bersembahyang kecuali di tempat yang telah diyakini kebersihannya. Kita telah diberi keistimewaan untuk mendirikan solat di seluruh permukaan bumi kecuali di tempat yang kita yakini bernajis. ( Imam Badruddin Muhammad Bin Bahadir al-Zarkasyi Al-Syafi’I 1995)

Secara umumnya masjid boleh didefinisikan sebagai tempat umat Islam mengerjakan ibadat khusus seperti solat dan iktikaf. Masjid juga merupakan pusat aktiviti, social, kebudayaan, muamalat dan perkembangan dakwah. (Mohd Gunawan Che Ab. Aziz 2008)

Walau bagaimanapun, takrif masjid yang biasa diterima pakai kini merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk melakukan solat Jumaat melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak diadakan solat Jumaat dikenali sebagai surau atau musalla. (Mohd Gunawan Che Ab. Aziz 2008)

Tambahan lagi, pembinaan masjid adalah untuk membolehkan umat Islam mendirikan solat lima kali sehari semlam secara berjemaah. Orang-orang Islam berjumpa di masjid dengan jasad dan roh menuju satu matlamat serta kepercayaan yang kukuh dan pasti iaitu beribadat kepada Allah. Selain itu, masjid juga dijadikan sebagai pusat penyebaran dakwah dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

Antara bukti yang menujukkan bahawa masjid merupakan pusat penyebaran dakwah ialah, sebagaimana yang telah berlaku selepas pembukaan kota Mekah dan pembinaan masjid-masjid para sahabat mula memgembangkan ajaran Islam bermula daripada titik penting dan asasi iaitu Islam adalah sesuai bagi akal dan jiwa serta baik untuk masyarakat yang menggabung jalinkan antara nilai kebendaan dengan nilai kerohanian dalam kehidupan. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Masjid juga berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, menuntut ilmu merupakan satu kefarduan keatas umat Islam. Maka, masjid-masjid menjadi institusi yang menguruskan hal-ehwal para pelajar yang berminat menuntut ilmu. Mereka datang untuk mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh para ulama dalam pelbagai bidang ilmu seperti syariah, falsafah, perubatan, matematik, astronomi(falak), kimia dan lain-lain. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Kini, sewajarnya masjid perlu didedahkan dan dibekalkan dengan pengetahuan mengenai teknologi maklumat supaya dapat memudahkan pengurusan segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid dan dapat berinteraksi dengan dunia di luar dengan pantas dan cepat. Dengan adanya kelengkapan pengkomputeraan, secara tidak langsung akan dapat menarik golongan muda untuk mengimarahkan masjid. Seterusnya, dengan kelengkapan tersebut kelas pengajaran agama dan pengajian Al-Quran akan jadi lebih berkesan dan bermanfaat. ( Jurnal Dewan Agama dan Falsafah Okt. 2002).

Dalam Islam terdapat tiga masjid yang utama. Pertamanya, Masjidil al-Haram. Ini kerana ia dikira rumah pertama dibina untuk manusia beribadat. Secara realitinya, Masjidil al-Haram telah melalui banyak proses perkembangan perluasan dan ubahsuaia sejak tapak asas pembinaan Baitullah dibina oleh Nabi Ibrahim. Muhyidin berkata bahawa Masjid al-Haram yang mengelilingi Kaabah dahulunya adalah kecil dan tidak mempunyai dinding, ia hanyalah tingkat-tingkat yang melingkungi Kaabah dan antara setiap tingkat ada pintu yang membolehkan manusia memasukinya daeri setiap sudut. Keadaan binaan itu kekal daripada zaman Saidina Ibrahim a.s hingga ke zaman Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar Al-Siddiq r.a. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Selepas tempoh itu, berlaku usaha-usaha perluasan bangunan masjid tersebut. Pertama berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a. dan yang terakhir ialah yang diusahakan oleh kerajaan Arab Saudi sekarang. Melalui perluasan ini, kawasan masjid Al-Haram tersebut menjadi seluas 75000 meter persegi dan merupakan satu model bagi keindahan bagunan Islam. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Masjid kedua terbesar ialah Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Pada asal pembinaannya pada zaman Nabi s.a.w, ia dibina di atas sebidang tanah seluas kira-kira 1500 meter persegi(35 meter panjang x 30 meter lebar). Tapak asas bangunannya daripada batang-batang pohon-pohon kurma dan bumbungnya daripada pelepah-pelepah pokok serta lantainya daripada batu-batu kerikil. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Berlaku perluasan dan ubahsuai Masjid Nabawi pada zaman baginda s.a.w pada tahun ketujuh Hijrah. Keluasannya bertambah menjadi 2500 meter persegi. Perluasan dan ubahsuai berlaku pada zaman pemerintahan al-Marhum Raja Abdul Aziz Saud. Pintu-pintu baru ditambah yang dinuat untuk dewan solat yang bertiangkan dengan tiang-tiang seri besar daripada batu marmar. Lantai masjid juga diturap semuanya dengan batu marmar. Perluasan ini menjadikan jumlah keluasan masjid menjadi 160,000 meter persegi. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Manakala Masjidil al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam. Masjid ini kenali sebagai al-Aqsa kerana masjid ini jauh dari kota Mekah,sejajar dengan ‘Al-Aqsa’ yang bermaksud “yang jauh”. Tambahan lagi Masjid al-Aqsa menjadi masjid penting dalam Islam kerana di masjid ini pernah terjadi satu peristiwa besar dalam penyempurnaan agama Islam, yakni peristiwa Isra’ dan Mikraj. (Ensiklopedia Islam jilid 6, 1998)

Tambahan lagi terdapat pelbagai jenis dan bentuk senibina masjid berdasarkan kepada sejarahnya. Antaranya ialah :

a. Bentuk ala Maghribi
b. Bentuk ala Andalusia
c. Bentuk ala Mesir
d. Bentuk ala Turki Saljuk
e. Bentuk ala India
f. Bentuk ala Iran Safawi
g. Bentuk ala Turki Uthmani
(Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)


2.2 Tokong

Tokong cina merupakan tempat menjalankan aktiviti keagamaan yang utama bagi penganut Buddha dan mereka menganggap patung-patung yang wujud di dalamnya sebagai pelambangan tuhan kuam cina mempunyai banyak tokong kerana mereka percaya bahawa setiap tuhan mempunyai kuasa dan rahmat yang berbeza setiap satunya.

Tokong juga dikenali dengan nama stupa, wat dan pagoda mengiku tempat dan bahasa yang digunakan. Tokong dalam Buddha adalah mewakili tanah dan persekitaran yang tulen dalam kepercayaan mereka. menurut krepercayaan Buddha traditional, sesebuah tokong dibina untuk mengilhamkan keamanan dalaman dan luaran. (http://en.wikipedia.org/wiki/Temple)
Tokong Cina banyak dilengkapi dengan komponen berukir termasuk komponen kerangka, elemen dan hiasan. Hasil-hasil seni ukiran ini yang wujud dari melihat elemen alam sekitar adalah ciptaan jiwa yang dijelmai melalui impian yang mencerminkan keadaan harmoni di antara manusia dan alam semulajadi. Ketiga-tiga komponen ini memainkan peranan penting dalam memapar dan menyerikan keseluruhan bangunan serta membawa maksud simbolik yang tertentu mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Komponen kerangka yang utama dalam senibina Cina ialah penggunaan sistem tou-kungnya. Sistem kerangka tou-kung bukan sahaja mempunyai nilai estetik yang tersendiri, tetapi di negara Cina, ia merupakan kerangka yang tahan gempa bumi. Tou-kung juga merupakan elemen yang ganjil dan kerangka yang komplek. Fungsinya ialah mengalihkan beban dan kerangka yang melintang di atas kerangka yang menegak di bawah. Dinding biasanya tidak berfungsi untuk menanggung beban dari struktur bumbung. Berfungsi sebagai komponen elemen, dinding dan tingkap biasanya mempunyai ukiran lebih halus berbanding dengan komponen kerangka. Komponen perhiasan pada senibina Cina pula terbahagi kepada buah buton, lelanggit dan pendakap hiasan. Komponen-komponen ini dikemaskan dengan ta chi, sejenis cecair organik, untuk tujuan perlindungan dan perhiasan. Bahagian yang penting juga dikemas dengan dedaun emas untuk mendapatkan sifat dan kesan yang bersinar dan berseri-seri.
Situasi ini menunjukkan bahawa seni ukiran pada komponen bangunan adalah satu kesenian yang perlu dihayati oleh generasi sekarang kerana ianya dapat menunjukkan daya gambaran yang peka dan kreatif serta menunjukkan bakat pengukir Cina yang menghidupkan ukiran dari segi konsep, reka bentuk dan pertukangan. Ia merupakan satu bidang yang harus diwarisi oleh setiap generasi.
Tambahan lagi, pembentukan imej ukiran pada kayu seperti naga, jentayu dan singa merupakan simbol yang berasal dari aspek kepercayaan, adat dan sejarah rakyat yang diwarisi turun-temurun. Warisan sejarah dan sastera Cina yang kaya telah membekalkan cerita dan simbol yang menarik untuk diterapkan dalam bentuk ukiran. (http://www.ebook-search-queen.com/ebook/ukir/ukiran.all.html)

2.3 Kuil

Kuil merujuk kepada struktur bagi aktiviti keagamaan atau rohani, seperti memuja dan pengorbanan, atau upacara analogous. Sesebuah kuil mempunyai kawasan suci sebagaimana ditakrifkan oleh sami, atau paderi. Sungguhpun kuil bukanlah secara teknikalnya "rumah para dewa” tetapi diagram bagi kuil Rom menyambung geometri langit dan bumi, ia turut membayangkan tempat kediaman dewa atau para dewa. Tradisi ini semenjak zaman purba. Bagi Mesir Purba, perkataan pr boleh merujuk kepada rumah, juga struktur suci kerana ia dipercayai bahawa dewa duduk dalam rumah. Kuil Hindu atau Mandir (bahasa Sanskrit: मंदिर ), ialah sebuah rumah ibadat untuk umat Hindu. Kuil ini biasanya digunakan khusus untuk aktviti-aktiviti keagamaan dan rohaniah.
Sebuah kuil Hindu dapat dibina sebagai sebuah struktur asing atau sebagai sebahagian sebuah bangunan. Suatu ciri kebanyakan kuil adalah kehadiran murti pada dewa Hindu untuk yang mana kuil itu didedikasikan. Kuil biasanya didedikasikan kepada satu dewa asas, digelar dewa pengerusi, dan dewa bawahan lain yang berkaitan dengan dewa utama. Bagaimanapun, sesetengah kuil didedikasikan ke beberapa dewa, dan sesetengahnya puala mempunyai tanda selain murti (Wikipedia.org/wiki/kuil)
Bagi kebanyakan orang Hindu, kuil merupakan pusat kehidupan beragama. Namun demikian sebahagian pengikut mereka,menganggap ibadat bersama-sama adalah tidak penting, oleh kerana itu mereka jarang pergi ke kuil. Tetapi mereka percaya ,patung-patung yang ada di dalam kuil, mewakili beberapa konsep yang ingin dicapai. Apabila seorang penganut Hindu pergi ke satu patung, maka beliau melakukan beberapa bentuk meditasi, menawar sembahan dan lain-lain, demi untuk mencapai kualiti tertentu… seperti kehancuran ego, sabar dan lain-lain.
Maka ketuhanan dan ritual yang mereka lakukan, adalah untuk mencapai kualiti tertentu bagi kehidupan penganutnya. Dalam erti kata yang lain, pada agama Hindu itu sendiri, ada input, proses dan output. Hal yang sama juga boleh dilihat pada agam Kristian dan Yahudi. Walaupun agama Buddha tidak mempunyai konsep Tuhan Pencipta, namun meditasi dan ritualnya tetap mempunyai sandaran kepercayaan, dan segala bentul ritual itu pula, juga untuk mencapai kualiti tertentu terhadap diri manusia.
Inilah intipati kepada Dharma. Mahatma Gandhi pernah berkata yang beliau tidak mempunyai sebarang bantahan kepada mesej misionari Kristian tetapi beliau berharap agar mereka lebih komited terhadap Dharma mereka sendiri.
Hinduisme berkembang sejak ribuan tahun lalu dan merupakan agama paling tua di dunia yang masih hidup sampai sekarang. Ada jutawan dewa-dewi dalam kepercayaan agama Hindu dan semua itu merupakan refleksi dari Brahman, roh paling tinggi. Dewa paling popular adalah Shiva, dewa perosak alam, dan Vishnu dewa pemelihara alam. Ada ratusan kuil dipersembahkan untuk mereka. Semua orang Hindu memiliki tempat pemujaan dalam rumah masing-masing, tempat melakukan ibadat harian dan bersama perayaan lainnya membentuk imam mereka. Inti imam mereka berada dalam suatu lingkaran hidup yang tidak pernah berakhir dari lahir, hidup, mati, dan lahir kembali dan setiap orang mengalami rekarnasi dalam tingkat yang ditentukan dalam apa yang mereka perbuat dalam hidup sebelumnya.
“ janganlah kau lakukan pada orang lain, hal-hal yang engkau sendiri tidak suka” (Mahambhrata Veda; 39)
Di tempat Ibadah mereka di kuil, mereka akan melakukan devosi, yang disebut bhakti, dengan meyalakan lilin dan berdoa serta, ketika mereka meninggalkam tempat ibadat, masing-masing akan diberi prashad (makanan yang sudah di berkati) yang sebelumnya telah di persembahkan kepada dewa pada hari tersebut. Ibadat berkelompok(puja) juga berlaku di kuil, dan dilakukan salah satu dari tiga bentuk:
Ø Menyanyikan lagu-lagu pujian, atau bhajan, diiringi bel dan rebana, sementara beberapa orang menari. Menari merupakan aspek penting dalam kebaktian Hindu dan mepunyai nilai sombolis mendalam. Pendeta membacakan Bhagavad Gita sebelum mengakhiri ibadah dengan doa damai “Ya Tuhan berilah kami damai, damai, damai”.
Ø Arti adalah ibadat pembukaan. Pendeta menyalakan lima lilin di atas penampan untuk melambangkan lima unsur, iaitu api, tanah, gas, udara, dan air. Penganut Hindu melayangkan tanganya di atas nyala api dan kemudian di atas kepala mereka masing-masing untuk mendapat kekuatan dan berkat Tuhan.
Ø Havan adalah persembahan api. Dengan menggunakan kayu dan minyak lemak kerbau (ghee), pendeta menyalakan api di atas altar api yang dapat di pindah untuk melambangkan mulut dewa yang melahap sajian yang berada di hadapannya. Dan penganut bersama pendeta melakukan upacara pembasuhan diri untuk menyatakan kesucian meraka di hadapan Tuhan.(Michele Keene, Seri Access guides Agama-Agama Dunia)
Kata-kata keramat yang diucapkan di dalam ibadat mereka adalah AUM atau OM , yang merupakan ayat yang pertama dalam ibadah mereka yang muncul dalam Kitab-kitab Upanishad dan tersusun dari tiga unsur bunyi iaitu a’u’dan m’. orang Hindu percaya bahawa kalau diucapkan bunyi yang terdiri dari tiga unsur ini, menyatakan:
Ø Tiga Kitab Veda dari bahagian pertama;
Ø Tiga dunia- bumi, atmosfera, dan langit.
Ø Tiga dewa utama- Brahma, Vishnu dan Shiva.
Bagi masyarakat Hindu, kuil adalah tempat yang paling suci bagi meraka, setiap upacara yang dilakukan adalah untuk mandapat keredhaan dari Tuhan mereka. Dan mereka juga percaya bahawa dewa-dewi yang mereka sembah setiap hari dapat memberi panduan kepada mereka dalam kehidupan ini, agar apabila mereka mati dan hidup kembali akan menjadi orang ynag baik. Dan sesetengah mereka akan pergia ke kuil setiap hari untuk menyembah dewa-dewi mereka kerana setiap dewa-dewi yang mereka sembah mempunyai peranan yang berlainan.

2.4 Gereja

Perkataan gereja bermaksud jemaah dari bahasa yunani iaitu ekklesia dari perkataan kaleo yang bermaksud “aku memanggil atau memerintahkan”. Secara umum ekklesia diertikan sebagai satu kumpulan atau himpunan manusia tetapi didalam konteks “new testament” kata ini mengandung yang bererti khusus kepada pertemuan penganut Kristen sebagai jemaah untuk menyembah kepada Jesus. Ini adalah melalui kepercayaan mereka terhadap pesanan Jesus didalam (mat. 28:19-20) dan lahirnya gereja baru di jurusalem.( http://www.pesta.org/tbiblika 2009)

2.4.1 GEREJA ROMAN KATOLIK
Istilah katolik berasal dari Bahasa Yunani katholikos yang membawa maksud "umum" atau "universal" atau "keseluruhan". Gereja Roman Katolik merupakan mazhab Kristian yang terbesar di dunia, terdiri daripada mereka yang mengakui kuasa Rom iaitu Paus, dalam perkara yang berkait dengan ajaran agama Kristian. Gereja Roman Katolik menganggap dirinya sebagai pewaris yang sah kepada kuasa yang diturunkan oleh Jesus (Nabi Isa) kepada 12 orang pengikutnya yang digelar Apostles. ( Ismail Abdul Rahman 2000)
Gereja tersebut mempunyai pengaruh yang besar di dalam pembangunan kebudayaan masyarakat Eropah dan pengenalan kepada nilai-nilai barat kepada tamadun lain. Pada akhir 1990-an, jumlah penganut mazhab ini mencecah jumlah 1 bilion atau 52 peratus penganut Kristian atau 16 peratus penduduk dunia. Kebanyakan penganut agama Katolik bertumpu di Eropah dan Amerika Latin, akan tetapi pengaruhnya semakin bertambah di bahagian dunia yang lain seperti di Afrika. (anon;19 august 09)
Katolik Barat Tradisional mempunyai tujuh upacara keagamaan . Dalam tradisi Katolik Timur jumlah upacara keagamaan ini tidak tetap. Upacara keagamaan yang diakui oleh Gereja Roman Katolik sebagai berikut:
Baptis
pengiktirafan
penyucian
Pengakuan dosa
pelumuran minyak
Imamat
Perkahwinan (mary pat fisher)

2.4.2 GEREJA ORTODOX
Gereja Kristian Ortodoks Timur atau Kristian Ortodoks adalah salah satu mazhab dalam agama Kristian. Terdapat 250 juta penganut Kristian Ortodoks di seluruh dunia dan kebanyakan mereka tinggal di Rusia, Greece, Eropah Timur dan Timur Tengah. Mereka juga terdapat di seluruh dunia termasuk di Jepun dan Indonesia.(anon;1975)
Penganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat ritual mengikut dari pengaruh gereja Byzantine. Selama 1,000 selepas agama Kristian diasaskan, lima wilayah iaitu Jerusalem, Alexandria, Antioch, Rome dan Konstantinople mengikuti ajaran Kristian yang sama. Perkembangan politik dan jatuhnya Empayar Rom di barat kepada bangsa jerman mengakibatnya terputusnya komunikasi antara Gereja di Rome dan Gereja di timur (Jerusalem, Alexandria, Antioch dan Konstantinople).
Pada tahun 1054, utusan Paus Rome ke Konstantinople mengkafirkan Gereja Konstantinople yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan tindakan serupa. Kedua-dua Gereja mendakwa mereka yang benar dan berlakulah perpisahan dalam agama Kristian dengan kedua-dua Gereja memisahkan diri mereka.

2.4.3 GEREJA PROTESTAN
Protestan pula merupakan satu cabang Kristian yang tidak berpuas hati dengan Gereja Roman Katolik yang semakin cenderung kepada keduniaan. Pada awal tahun 2000 dianggarkan terdapat lebih 100 juta penganut Protestan di dunia. Nama agama ini berasal dari perkataan Inggeris "Protest" yang bermaksud membangkang.
Pencetus reformasi ini ialah Martin Luther, seorang paderi Augustinia dan profesor di Universiti Wittenberg, yang menyeru pembukaan debat berkenaan penjualan "indulgences" dimana taubat seorang itu diterima sekiranya dia melakukan sesuatu untuk menebus dosanya. Penjualan ini digunakan secara berleluasa sewaktu Perang Salib untuk menggalak rakyat Kristian menentang tentera Islam.

3. KOMITMEN PENGANUT TERHADAP TEMPAT IBADAT

Dalam konteks komitmen dan penghayatan penganut terhadap tempat ibadah ini, amalan keagamaan perlu diberi perhatian. Hal ini kerana tahap kefahaman mengenai agama yang tinggi menyebabkan komitmen penganut tersebut terhadap agama dititikberatkan .

Komitmen dan penghayatan nilai-nilai keagamaan merupakan suatu yang penting dalam setiap agama. Agama Islam merupakan agama yang syumul. Tempat ibdah bagi uamt Islam ialah masjid, surau dan musolla. Antara sikap atau kominten umat Islam terhadap tempat ibadah mereka ialah memelihara kesuciannya dan memakmurkannya. Umat Islam pergi ke masjid untuk melakukan ibadah seperti solat, I;tikaf, dan sebagainya. Masjid juga tempat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat program-program seperti ceramah, forum, kelas fardu ain serta kelas al-Quran yang dilakuakn di masjid.

Kebiasaannya, umat Islam pergi ke tempat ibadah khususnya masjid untuk melakukan solat dan menghadiri program yang berbentuk kerohanian seperti ceramah, forum dan sebagainya. Hal ini kerana fungsi masjid kini dikecilkan berbanding fungsi masjid pada zaman Rasulullah dahulu. Pada zaman Rasulullah Masji dijadikan sebagai pusat ibadah, pusat pembinaan ummah dari aspe kerohanian dan pusat pembentukan kesatuan ummah.

Menurut kaji selidik yang telah dilakukan, muslimin lebih kerap pergi ke masjid berbanding muslimat. Hal ini kerana muslimin digalakkan supaya melakukan solat secara berjemaah di masjid. Tambahan lagi menurut kajian tersebut juga, didapati bahawa komitmen muslimin lebih cenderung terhadap program ibadah dan kerohanian berbanding muslimat yang cenderung terhadap program sosial.

Selain itu, sebagai penganut Agama Buddha, mereka harus memberi penghormatan kepada Guru Agung pada setiap hari hari. Amlan ini boleh dilakukan pada awal pagi atau lewat malam sebelum tidur. Cara hidup begini merupakan satu amalan Buddis yang mulia. Walaupun Buddhis digalakkan untuk melaksanakan amlan agama dalam rumah, mereka juga diingatkan supaya tidak melupakan atau mengabaikan kewajipan social mereka terhadap kegiatan-kegiatan di vihara(wat atau tokong) pada bhari bulan penuh dan hari bulan-baru yakni hari pertama dan kelima belas mengikut kalendar Cina. Kunjungan kesebuah vihara tau tokong dan menyertai dalam upacara keagamaan di anggap sebagai satu perbuatan berpahala. ( Bhante K Sri Dhammananda tt)

Kebiasaannya, penganut Buddha pergi ke tokong untuk melakukan aktivi yang berkaitan dengan ibadah iaiatu mereka melakukan sembahan dengan menggunakan colok. Sementara itu, mereka turut member makan kepada sami sebagai cara untuk membuat pahala dan menilik nasib. Hal ini kerana, masyarakat Buddha mempercayai tilik nasib bagi perkara yang akan datang.

Berdasarkan soal selidik yang dilakukan keatas pelajar UKM, penganut Agama Buddha sering ke tempat ibadah mereka iaitu tokong pada waktu pagi dan malam.mereka ke tempat ibadah untuk melakukan aktiviti kerohanian dan program social. Bagi penganut agmaa Buddha, sama ada lelaki atau perempuan, mereka kurang konsisten ke tempat ibadah.

Manakala bagi agama Hindu pula mereka kurang ketempat ibadat mereka di kuil tetapi mereka membina mini kuil dirumah bagi memudahkan mereka melakukan upacara memuja. Penganut remaja agama Hindu kurang konsisten terhadap tempat ibadat mereka. Mereka akan ke kuil apabila tiba hari perayaan mereka dan apabila berlaku sesuatu upacara.tetapi terdapat juga penganut agama Hindu ini pergi ke kuil pada hari jumaat untuk melakukan pemujaan atau melakukan ibadat. Seperti Buddha Hindu juga mempercayai tilik nasib.Mereka akan ke kuil untuk berjumpa dengan sami untuk menilik nasib seperti menilik jodoh pasangan yang hendak berkahwin atau untuk menolak bala bencana. Antara kuil yang terbesar diMalaysia adalah kuil di Batu Cave.

Berdasarkan soal selidik yang dilakukan penganut Hindu kurang memberi komitmen terhadap tempat ibadat awam mereka tetapi mereka masih melakukan ibadat dirumah. Ini mungkin kerana mereka hanya melakukan ibadat mereka di mini kuil yang mereka bina di rumah. Hal ini kerana lebih memudahkan mereka melakukan ibadat dalam masa mereka yang amat suntuk dengan tugasan harian.

Manakala bagi penganut Kristian pula, mereka amat konsisten terhadap tempat ibadat mereka. Setiap pagi ahad mereka akan pergi ke gereja untuk melakukan ibadat. Mereka akan meluangkan setiap hari ahad mereka bagi memudahkan mereka ke gereja. Mengikut kaji selidik yang dilakukan penganut lelaki dan perempuan dalam agama Kristian sama-sama konsisten terhadap tempat ibadat mereka. Antara yang menarik minat mereka ketempat ibadat adalah aktiviti yang dijalankan di gereja.

Selain itu juga upacara perkahwinan bagi penganut agama Kristian selalunya diadakan di gereja yang diketui oleh seorang paderi. Selain itu upacara pembaptisan juga dilakukan di gereja. Bagi penganut agama Kristian pergi ke gereja setiap ahad adalah satu aktiviti yang penting dan tidak boleh ditinggalkan kecuali terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.



4. RUMUSAN

Dapat dirumuskan bahawa komitmen penganut yang beragama diMalaysia amat memuaskan dengan kadar 70 peratus dari mereka konsisten dengan tempat ibadat mereka. Ini dapat dilihat dengan komitmen penganut agama islam yang akan ke masjid atau surau setiap hari atau sekurang-kurang seminggu sekali pada hari jumaat. Manakala bagi penganut agama Kristian pula mereka amat konsisten ke gereja pada hari ahad untuk melakukan ibadat. Bagi Buddha pula mereka kurang konsisten ketempat ibadat. Tetapi bagi penganut agama Hindu pula mereka kurang konsisten ketempat ibadat umum tetapi mereka konsisten melakukan ibadat di mini kuil yang mereka bina di rumah mereka.

Selain itu juga aktiviti yang dilakukan oleh tempat ibadat mampu menarik minat penganut untuk pergi ke tempat ibadat mereka. Ini seperti masjid yang sering melakukan aktiviti seperti kuliah dan ceramah. Gereja juga sering melakukan aktiviti seperti ceramah yang disampaikan oleh paderi.Selain itu aktiviti yang menarik mampu menarik minat golongan remaja untuk turut menyertai tempat ibadat ini.


5. RUJUKAN

Ensiklopedia Islam. 1998. Jilid 6. Malaysian Encyclopedia Research Center Berhad.

http://en.wikipedia.org/wiki/Temple

http://www.ebook-search-queen.com/ebook/ukir/ukiran.all.html

Imam Badruddin Muhammad Bin Bahdirin al-Zarkasyi Al-Syafi’I. 1995. I’lam al-Sajid bi Ahkam al-Masajid. Beirut, Lubnan. Darul Kitab al-Ilmiah.

Khairuddin Wanli. 1980. Masjid fi al-Islam. Jami’ al-Huquq Mahfuzah.

Mohd Gunawan Che Ab. Aziz. 2008. Masjid itu Hidupku. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn.Bhd.

Shaikh Ali Mohamamad Mokhtar. 2003. Peranan Majid dalam Islam. Kuala Lumpur. Yayasan dakwah islamiah Malaysia.

Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh. Oktober 2002. Masjid dan Surau boleh membawa umat islam ke era ICT. Jurnal Dewan Agama dan Falsafah. 52-53

Wikipedia.org/wiki/kuil

Michele Keene, Seri Access guides Agama-Agama Dunia

Ensiklopedia Dialiran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 1997. volume 18. Publisher:preston corp

Ismail Abdul Rahman. Gerakan Gereja Katholik di Malaysia. 2000 Penerbitan Universiti kebangsaan Malaysia

Ibra yakin. Pertentangan Islam dan Kristian. 1992. Jasmine Enterprise

http://www.pesta.org/tbiblika 2009

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_Ortodoks_Timur 2009

F.E. Peters. Judaism, Christianity, and Islam. 1990. Volume 3. United State of Arfica. Princeton University Press

Martin Frishman. The Mosque:History, Architectural Development&Religional Diversity. 1994. Singapore. C.S. Graphics.

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Pembaca Setia