NORAKMAL AZRAF BIN AWALUDDIN, MOHD FADHLUL HAKIM BIN ABD LATIF, NURUL NADIAH BINTI KAMARUZZAMAN
PENDAHULUAN
1.1 DEFINISI
Dalam bab ini, penulis akan menyatakan definisi agama menurut ahli-ahli psikologi. Dengan ini kita akan mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan agama. Manakal sub-topik yang seterusnya akan menerangkan agama-agama yang terdapat di dunia ini yang menjadi majoriti di sesebuah Negara iaitu islam, kristian, hindu dan juga buddha. Definisi agama menurut Harun Nasution adalah berintisarikan “ikatan”. Ia memberi makna bahawa jika seseorang manusia telah terlibat dan seakan terikat dengan segala ajaran yang berkaitan dengan agama tersebut. Dan hailnya seperti pemaksaan dalam melakukan ritul tersebut. (Fuadzinaim 2007: 5)
Manankala Emile Durkheim (1947) menyatakan agama adalah sistem yang menyatukan kepercayaan dan amalan yang berkaitan dengan benda-benda suci dan sifatnya adalah suci dan terlarang. Kepercayaan dan amalan adalah untuk menyatukan komuniti dalam sesebuah institusi agama seperti masjid, gereja dan lain-lain serta komuniti ini amat mematuhi segala arahan yang dikeluarkan. Dalam pada masa yang sama beliau tidak mempercayai perkara yang bersifat kuasa atau supernatural tanpa data yang empirikal dan menurutnya lagi ia sekadar simbol kepada sesuatu objek di dunia ini yang bersifat suci dan terlarang. (Budd 1973: 8)
Dan Dr. Fuadzinaim telah menyimpulkan bahwa definisi yang dikeluarkan oleh para sarjana adalah sekadar perkataan sahaja yang merujuk agama kepada kepercayaan dan keyakinan manusia kepada satu kuasa yang menatasi kekuatan manusia itu sendiri. Dan menambah, agama bukanlah sepenuhnya merujuk islam dan islam bukanlah kesemua gama yang ada. Ini dapat dilihat perkataan din dalm surah kafirun, “bagi kamu agam kamu(menyembah berhala) dan bagikun agama ku adalah islam. Menambah lagi, menurut islam agama bukanlah sekadar memimpin kepada suatu kuasa alam lain bahkan agama adalah pemimpin manusia kepada semua hal-hal keduniaan dan ukhrawi manusia supaya lebih bersistematik. (Fuadzinaim 2007: 10)


1.2 AGAMA DUNIA
Bagi agama kristian ia adalah datang dari negara Palestin yakni tempat kelahiran Jesus. Dan pergerakannya terus rancak di seluruh dunia. Peratusan agama kristian pada abad ke-21 ini menjangkau 2 bilion penganut yakni 32 peratus mewakili agama teramai dianuti oleh masyarakt dunia. Agama ini rancak bergerak di zaman moden bermula d kawasan timur ke kawasan Amerika Latin, Afrika dan sebahagian kawasan Asia. Namun, Amerika dan Eropah adalah kawasan yang paling ramai menganut agama ini yang terbahagi kepada kristian ortodok, kristian protestan dan kristian katolik. (Woodhead. 2001: 153) Manakala kristianiti lebih merujuk kepada kristian yang moden atau berketaamdunan barat dan fundamental agama dianggap tradisi atau kristian yang nostalgia. Kemudian berlaku evolusi ajaran dan pesanan kristian yang dipanggil secular agama. (Vattino. 202)
Bagi agama yang kedua tertinggi adalah islam yang menjangkau 1 bilion umatnya. Islam itu sendiri merujuk kepada penyembahan kepada satu tuhan iaitu Allah, dan orang yang mengamalkan islam adalah dipanggil mukmin. Wahyu ditirunkan selama 22 tahun di Mekah dan Madina (komuniti pertama wujud). Agama ini mula tersebar di kawasan timur tengah dan utara Afrika serta semenanjung Iberian atau sekarang sebagai Sepanyol dan Portugal. Dan di timur pula dari kawasan lembah Indus ke tembok besar china. Namun, penerimaan islam bukan lah secara pantas kerana seperti di Mesir ia mengambil masa lebih 300 tahun untuk islam menjadi agama yang majoriti .(Woodhead. 2001: 182)
Hindu adalah agama yang paling lama tertubuh dan dominan di kawasan asia selatan yang bemaksud agama yang kekal atau sanatana dharma. Penganutnya seramai 800 juta di seluruh dunia dan di Malaysia sejumlah 14 juta penganut. Manakala nama hindu itu sendiri merujuk kepada sungai Indus yang mula diduduki oleh kaum parsi atau disebut sebagi Aryan. Tiga entiti yang terpenting dalam hindu adalah Brahman, Vishnu dan Shiva yang merujuk tuhan hindu. dan ajaran hindu cuba dikembangkan ke barat dengan penerbitan buku pertamanay iaitu Nature Finer Forces (kekuatan Alam Yang Murni) oleh Reno Prasad pada tahun 1980 dan 20 peratus rakyat amerika menerimanya.(Aritonang 1994: 434)
Sementara buddha adalah agama yang keempat terbesar di dunia dengan penganutnya seramai 357 juta pada tahun 1998. Agama ini dikatakan sebagai agama yang paling laju dan pantas bergerak di barat sehingga ia menjadi signifikasi kepada utara Amerika Eropah. Dan Sri Lanka, negara-negara selatan, Tibet, Himalaya, timur asia dan China. Mempunyai dua mazhab utama iaitu Thervada dan Mahayana .(Woodhead. 2001: 15-41)
BAB 1
PUNCA BERAGAMA

1.1 PENGENALAN
Sejarah tamadun dunia menunjukkan manusia dan agama tidak dapat dipisahkan walaupun keduanya adalah entiti yang berbeza. Namun, berbeza bagi islam keduanya adalah sama kerana pengutusan dan kejadian manusia adalah untuk beribadat dan menyembah kepada Allah yang satu. Namun apakah sebab dan faktor manusia memilih agama sebagai pegangan walaupun kadang-kala agama mereka menunjukkan ajaran yang tidak logik. Di samping persoalan-persoalan mengapa wujudnya kesedaran dan penerimaan manusia kepada agama.
Bagi mengungkap persoalan-persoalan ini, ahli psikologi atau mereka-mereka yang mengkaji jiwa manusia meletakkan persoalan ini adalah berkaitan dalaman jiwa sehingga manusia teingin dan berkehendak untuk mencari dan menerima ajaran-ajaran agama. Dan para ahli psikologi telah meletakkan beberapa punca disebalik manusia untuk mememilih agama dan antaranya adalah faktor semulajadi, faktor sosial, faktor emosi manusia, faktor intelektual manusia dan faktor keperluan manusia.

1.1.1 FAKTOR SEMULAJADI
Fakor semulajadi ini memainkan peranan yang penting dalam perbuatan seseorang yang beragama untuk sentiasa dan mungkin bertambah amalan perilaku agamanya. Terdapat tiga jenis punca yang akan dilalui oleh seorang yang beragama apabaila kita mengkelasifikasikannya dalam faktor semulajadi ini. Yang pertamanya adalah daripada punca alam semulajadi, konflik moralnya dan emosi yang berlandaskan keagamaan.
Kesemua jenis punca-punca ini dapat mempengaruhi seseorang yang beragama untuk memilih kepada agama dan meningkatkan amalan agama tanpa bantuan daripada ilmu sekadar hanya pemerhatian alam semulajadi dan kesan daripada konflik jiwanya yang menuntut kepada penjelasan dan penyelesaian masalah berbentuk rohani yang tidak dapat diolah oleh faktor luar iaitu dengan keperluan penjelasan dan jawapan daripada agama. Sebagai contoh bagaimana seorang lelaki yang pergi ke sebuah pekan di England pada waktu petang dalam keadaan angin yang sepu-sepu bahasa, langit yang biru dan keadaan ladang yang kuning masak. Lalu terbit dalam mindanya akan keyakinan tuhan itu “ada” di sana yang maha hebat, berkuasa dan bijak.(Thouless 1971: 32)
Namun, ingin menegaskan bahawa pengalaman melihat alam semulajadi ini bukan lah sekadar tanpa ada pengaruh lain yang mengukuhkan tetapi ada pengaruh lain dan ia tidak bertindak bersendirian. Pengalaman melihat keindahan alam perlu berinteraksi dengan fakta-fakta yang akan menentukan pemilihan dan penghayatan amalan dalam beragama. Jikalau penglaman ini tidak berinteraksi dengan fakta-fakta agama, dia akan berfikir dan menyatakan tuhan itu tidak kekal dan tidak suci. Sebagai contoh perkataan “di sini” tidak akan membawa maksud “di sana” atau di mana-mana sahaja. Oleh yang demikian, fakta-fakta agama itu membawa sekali kesucian dan kekelan tuhan dan di tambah dengan pengalaman alam semulajadi seperti dalam agama yahudi, Christian dan islam yang menyatakan tuhan itu satu dan berkuasa. Dan pengalaman melihat alam semulajadi ini terbahagi kepada alam semulajadi yang memberi keuntungan, alam semulajadi yang harmoni dan alam semulajadi yang cantik.( Thouless 1971: 33-34)

1.1.2 FAKTOR SOSIAL
Faktor sosial ini telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk kepercayaan penganut dan perbuatan agama ke dalam fasa yang lebih tinggi daripada keadaan yang biasa atau normal. Dan proses ini telah kita terima sejak kita masih kecil lagi dan tiada sesiapa pun yang dapat mengiyakan bahawa perkembangan perbuatan dalam beragama adalah berpunca daripada pengasingan kita daripada masyarakat sekeliling. Di mana mayarakat sekeliling kita inilah yang telah berjaya memberi pengaruh dalam cara dan perbuatan kita dalam beragama. (Thouless 1971: 20)
Para psikologis telah menyatakan bahawa pengaruh social ini adalah yang terpenting dalam membentuk manusia beragama. Faktor-faktor sosial atau persekitaran ini telah memainkan peranannya dengan tunjuk ajar, pengajaran ataupun pendidkan yang diterima manusia hasil daripada ibubapa secara formal atu informal, tradisi-tradisi sesebuah komuniti dan juga institusi-institusi keagamaan yang membantu penyebaran agama diterima masyarakat sekeliling. (Fuadzinaim 2007: 65)

Di samping, kumpulan agama-agama yang terdapat dalam sesebuah komuniti boleh membantu anak-anak muda dalam memperkuatkan agama mereka. Dan pengaruh ini tidak akan berjaya andai kata ia dipengaruhi oleh komuniti atau kumpulan-kumpulan agama yang berlainan etnik dan tradisi. Paten atau bentuk emosi kita juga adalah produk yang datangnya daripada adat sosial dari komuniti-komuniti tertentu. Sememangnya faktor sosial begitu ketara dalam pembentukan kepercayaan beragama tetapi secara prinsipnya ia tidak mampu untuk mempengaruhi pendirian dan kepercayaan seseorang individu.
Tiada sesiapa pun yang dapat mengajar budak kecil akan kebenaran kewujudan tuhan dengan menggunakan pernyataan rasional semata-mata. Oleh yang demikian, pelajaran dan pendidikan daripada masyarakat adalah yang pertama kemudian barulah pernyataan rasional menyusul. Ini dapat diadaptasikan dalam kehidupan kita melalui contoh dan teladan yang selari dengan segala teori yang diucapkan secara berulang-ulang akan lebih mempengaruhi berbanding hanya kita mendengar teori-teori agama semata-mata. (Thouless 1971: 20)
Sebagai contoh seorang pakar psikologi mengadakan ujian hipnosis keatas pesakitnya sambil matanya ditutup. Lalu dibiarkan pesakit itu untuk memilih kad-kad yang disusun yang mengandungi gambar buah epal. Jika pesakit itu hanya berfikir sahaja yang manakah gambar buah epal itu dia akan salah, namun andai kata terdapat pertolongan orang luar iaitu doktor tadi mengatakan gambar buah epal tadi di sebelah kanan, maka hasilnya akan lebih baik berbanding kita hanya berfikir sendiri tanpa bantuan dan sokongan orang luar yakni masyarakat atau sosial. Proses ini dipanggil sebagai suggestion yang bemakna kita menerima pandangan orang lain sebagi petunjuk dalam memberi maklumat yang kita sendiri tidak tahu.( Thouless 1971: 21)
Dan dalam keputusan kaji selidik yang dijalankan keatas mahasiswa Universiti kebangsaan Malaysia, meliputi agama islam, kristian, hindu dan Buddha dalam jumlah 20 orang reponden menyatakan bahawa faktor sosial benar-benar membantu dalam memilih kepada agama dan proses peningkatan dalam amalan ritual agama. Penulis merangkumkan faktor dari keluarga, rakan sebaya dan penduduk persekitaran di dalam satu tajuk besar iaitu faktor sosial. Dan purata jumlah respondan yang memilih faktor sosial sebagai faktor yang kuat adalah sebanyak 23 kali respondan telah memilih faktor ini daripada 60 jumlah keseluruhan pemilihan. Bagi repondan yang beragama hindu dan kristian tidak memilih faktor rakan dan penduduk persekitaran sebagai faktor yang membantu, manakala responden islam dan Buddha berpendapat sebaliknya.
1.1.3 FAKTOR EMOSI
Faktor ini juga seperti faktor-faktor lain dalam peranannya memberi sumbangan kepada peningkatan amalan seseorang penganut agama. Faktor ini juga disebut sebagai yang efektif dalam membentuk sekaligus dapat memberi peningkatan dalam amalan seseorang penganut agama. Selain itu juga ia disebut sebagai elemen yang mistik pengalaman mistik ini dilalui oleh penganut dengan cara dan hasil yang berbeza. Begitu juga, tahap emosi seseorang mempunyai kadar yang berbeza antara satu dengan yang lain.
Penulis buku ini juga menegaskan faktor emosi ini berkaitan dan berhubungan dengan alam semulajadi. Sebagi contoh seseorang yang mengalami perasaan sunyi dan kadang kala kehilangan identitinya sendiri akan mudah memberi reflek dan kesan secara mendalam terhadap emosi seseorang. Sebagai contoh seseorang yang berfahaman alam semulajadi adalah ciptaan tuhan akan menyatakan seronoknya berkomunikasi dengan tuhan, sedangkan pentafsirannya adalah berbeza sama sekali. Manakala golongan ilmuan membantah dan tidak menyokong pandangan golongan ini sebagai pengalaman yang bertentangan. (Thouless 1971: 48)
Oleh kerana perasaan dan kehendak yang telampau ingin melihat kuasa-kuasa ghaib ini menjadi realiti, golongan-golongan ini akan mencari altenatif lain dengan penggunaan dadah ataupun dengan penggunaan item yang boleh memberi impak khayalan seperti penggunaan nitro oksida (gas gelak). William James dalam bukunya Varieties of religious experience mencatatkan kisah J.A Symonds yang menyatakan jiwanya seperti sedar dan dekat dengan tuhan daam keadaanya di bawah pengaruh khayal.di samping beliau mendapat visi daripada tuhan (James 1902: 512). Dengan pengaruh khayalan atau dadah ini telah memusingkan darjah perkara yang di luar normal manusia supaya menjadi seakan-akan realiti.( Thouless 1971: 49)
Namun dalam pada yang sama, emosi sebenarnya tidak boleh langsung dipinggirkan kerana ia adalah bersifat dalaman yang akan memberi nafas kepada sesuatu ritual yang dilakukan oleh penganut agama. Tanpa emosi, perilaku tersebut seakan kosong dan formal tanpa ada sebarang kesan yang melekat pada jiwa(Thouless 1971: 50). Walaupun terdapat banyak ritual-ritual agama yang telah ditetapkan seperti sembahyang dan lain-lain namun jika hanya perbuatan badan semata-mata tanpa ada penglibatan dengan emosi, maka hasilnya tidak dapat memberi kesan pada jiwa yang akan mempengaruhi badan untuk sentiasa dan mengulangi perbuatan atau ritual agama tertentu.
Emosi mempunyai perasaan-perasaan seperti takut, marah dan seronok yang dikuasai oleh aspek mental dan badan. Fungsi mental berfungsi sebagai membezakan perasaan yang disukai ataupun tidak disukai. Manakala badan pula merujuk sebagai pelaku dan respon beberapa perasaan mental tadi. Namun dengan pengaruh emosi tadi dapat menambahkan dan juga mengurangkan tahap kelakuan seseorang yang beragama samada mahu membuat lebih atupun tidak. Dan bagi kehidupan manusia, emosi memainkan peranan sebagai entiti yang memberi respon kepada badan untuk bersifat agresif ataupun sebaliknya. Seperti emosi simpati akan memimpin perasaan tertekan dan emosi marah akan memimpin perasaan ingin melawan ketidakadilan. Fungsi yang dimainkan ini adalah asas kepada perbuatan manuisa, adapun emosi ini dapat dibentuk dan dibangkit dengan perilaku-perilaku agama seperti sembahyang dan lain-lain ritual agama. (Thouless 1971: 56) seseorang yang beragama akan melakukan segala perbuatan-perbuatan yang baik berlandaskan agama masing-masing, tatapi ia akan lebih bernilai jika desertakan dengan kehadiran emosi.

1.1.4 FAKTOR INTELEKTUAL
Dalam menyumbang kepada peningkatan beribadah, faktor ini bukanlah faktor yang begitu kuat sebagaimana kuatnya faktor sosial. Kerana faktor sosial ini lah yang mendahului penggunaan pemikiran rasional dalam memikirkan kejadian alam semula jadi seperti yang diulas dalam sub topik sebelum ini. Orang yang berilmu sentiasa untuk bersaing dan membantah dengan pernyataan agama dengan mengemukakan pernyataan yang baru. (Thouless 1971: 65)
Pemikiran dan intelektual ini merujuk kepada keupayaan manusia untuk berfikir, menganalisa dan membuat kesimpulan mengenai persoalan-persoalan yang sentiasa bermain. Di samping itu, peranan intelek ini sebagi memproses segala data secara ilmiah, rasional dan berilmu hanya berlaku pada tahap yang kedua setelah sesuatu agama itu dipercayai terlebih dahulu. Oleh itu faktor intelek ini hanyalah sebagi “second part” kepada keyakinan yang telah pun wujud, di samping sebagai mengemukakan justifikasi-justifikasi yang rasional menurut logik akal untuk diterima manusia. (Fuadzinaim 2007: 77)
Berhubung dengan itu, tema rasional adalah amat penting bagi membezakan antara yang benar mahupun yang salah. Tema ini diperkenalkan oleh W. Trotter. Dengan adanya tema ini, kita dapat memebezakan sekaligus mematahkan segala hujah-hujahan minda orang yang dipengaruhi oleh emosi semata-mata. Dengan kata yang lain, rasional adalah sebagai pendiding kepada penganut agama dalam menerima segala hujah yang kadang-kala tidak dapat diungkap kecuali dengan ilmu atau tema rasional ini. Di samping itu, rasional ini juga diperlukan dalam memahami sistem kepercayaan dalam sesebuah agama. Sebagai contoh adakah sistem-sistem khusus dalam agama itu benar dan logik untuk diaplikasikan. (Thouless 1971: 65)
Dalam seorang yang beragama, ilmu itu penting bagi dapat kita membezakan manakah amalan dan ritual yang logik ataupun boleh diaplikasikan oleh kita sebagai penganut agama dan bukan sekadar mengikut sekadar membabi buta seperti tema rasional diatas yang fungsinya sebagai membezakan yang mana benar dan palsu. Namun, harus diingat pengaruh ilmu dalam meningkatkan penghayatan agama bukanlah pengaruh yang dominan berbanding dengan pengaruh-pengaruh di atas. Dan fungsi pengaruh ilmu ini juga sebagai menghindar dari perasaan fanatik agama yang melampau dan mungkin dapat mengelak dari terjerumus kepada gejala fanatik.( Thouless 1971: 72)
Dan dalam purata keputusan kajiselidik yang dijalankan keatas mahasiswa UKM yang beragama islam, kristian, hindu dan Buddha adalah sebanyak 11 kali daripada 20 jumlah pemilihan adalah faktor intelek ini dipilih sebagai item yang terpenting dalam memilih agama sekaligus untuk meningkatkan amalan beragama dan kepercayaan. Ini mungkin berpunca daripada tahap intelek pelajar-pelajar universiti yang mana tidak mudah untuk menerima sebarang ajaran dan fahaman sesuatu agama dengan membabi buta atau taklid buta tanpa ada sebarang perbandingan, analisa dan kajian dibuat akan logiknya sesuatu agama keatas mereka.

1.1.5 FAKTOR KEPERLUAN MANUSIA
Manusia di dalam dunia ini mempunyai pelbagai keperluan bagi memenuhi survivalnya. Oleh yang demikian itu, segala refleksi tingkah laku manusia dalam beragama adalah berkaitan dan berhubungan dengan dinamik tiga perkara. Pertama, adalah dorongan yang bersifat spontan dan tabii dalam diri manusia, kedua unsur ego yang berada di dalam diri manusia yang menjadi sifat keperibadiannya dan yang terakhir pula adalah situasi sosial yang yang berada di sekelilingnya.
Manakala keperluan-keperluan manusia secara amnya boleh dibahagikan kepada tiga perkara, iaitu:
i. Keperluan keselamatan: keperluan ini diperlukan untuk memberi ketenteraman dan ketenangan. Ini kerana terdapat banyak kesussahan dan cabaran yang sentiasa kunjung tiba, jadi keperluan ini diperluakn untuk dapat mententeramkan jiwa dari masalah yang lepas.
Masalah yang paling berat untuk manusia hadapi adalah kematian, jika ia tidak diurus dengan sebaiknya maka ia akan memberi impak yang kuat yang berunsur negetif. Hinton(1972) dan Swenson(1961) mengatakan bahawa pesakit-pesakit yang mempunyai keyakinan agama adalah lebih tabah berbanding yang tidak mempunyai keyakinan agama dan agama adalah penawarnya
ii. Keperluan kasih sayang: ini adalah keperluan yang tabii bagi manusia yang sentiasa ingin melihat dirinya disayangi dan cinta melalui keluarga ataupun persahabatan. Keperluan ini manusia untuk memperolehi kasih sayang adalah penting dalam melahirkan perasaan beragama dalam diri manusia.
Dengan adanya panduan agama akan memimpin manusia untuk meredhai segala masalah dan kesusahan yang timbul seperti kehilangan orang yang diakasihi sebagai ujian daripada tuhan. Di samping agama mengajar umatnya bahawa tuhan adalah Zat yang digambarkan sebagai yang penyayang dan pengasih keatas hambanya yang tabah, malahan yang membuat dosa juga. Jadi kasih sayang ditunjukkan oleh tuhan adalah lebih kuat berbanding kasih sayang manusia yang bermusim dan tidak kekal.

iii. Keperluan maruah diri: manusia dalam kehidupannya sangat memerlukan persaan dihormati, dihargai dalam sesebuah komuniti kecil seperti keluarga mahupun komuniti yang besar seperti masyarakat. Kurangnya penghormatan akan menyebabkan manusia akan hilang keyakinan dan terasa hina di sisi masyarakat.
Manakala hubungannya dengan peranan agama dalam memberi penghormatan kepada manusia adalah melalui kedudukan manusia sebagi makhluk yang bijak dan dijadikan sebagai makhluk tuhan yang memimpin dunia, di samping agama menawarkan satu bentuk dekat dengan tuhan melalui perlakuan semua ajaran-ajaran agama dan menghidar larangannya. (Fuadzinaim 2007: 73)

1.2 PANDANGAN POSITIF DAN NEGETIF TERHADAP AGAMA
Terdapat ahli psikologi yang memandang agama sebagi “candu” yang sentiasa memberi khayalan kepada penganutnya. Pernyataan ini sebenarnya ditentang oleh ahli teologi dan mendakwa ahli psikologi ini sebagi sombong dan tidak bermoral serta mempertuhankan self.

1.21 PANDANGAN NEGETIF
A.Ellis mencatatkan bagaiaman prejudisnya ahli psikologi ini dapat dilihat melalui pendapat dan hujahan bahawa agama adalah sumber penyakit mental, dogmatism dan tindakan kekerasan manusia. Ini berlaku dek kerana penerimaan sains sebagai entiti yang penting berbanding agama. Dan kita dapat lihat bagaiamana zaman moden, barat telah menyisihkan langsung agama sebagai yang berautoriti.
Seorang tokoh yang terkenal iaitu James Leuba telah menegaskan bahawa agama adalah sesuatu yang tidak rasional dan patologi. Beliau menambah segala fenomena misteri yang berlaku adalah sesuatu yang epilepsi, histeria dan terpengaruh dengan penggunaan dadah. Beliau juga turut menyatakan bahawa segala pengalaman penganut agama yang dianggap suci sebenarnya adalah khayalan semata-mata. (Fuadzinaim 2007: 78-79)

1.2.2 PANDANGAN POSITIF
Dalam satu laporan yang ditulis oleh Koenig di dalam the healing power of faith (1999) menyatakan bahawa keluarga yang mempunyai fahaman agama umumnya mempunyai keluarga yang lebih bahagia, berjaya menangani tekanan dan hidup lebih lama berbanding yang tidak beragama. Ini adalah kerana peranan agama yang kemanfaatan dalam kesihatan jiwa manusia. Pandangan ini juga disokong oleh James William dan Carl Gustav Jung yang menyatakan agama adalah sebagai jalan menuju keunggulan manusia dan juga sebagai mempunyai jalan yang menuju keutuhan dari pelbagai aspek yang diperlukan manuisa di muka bumi ini. (Fuadzinaim 2007: 83-84).
Dan dalam dapatan kajiselidik yang dijalan keatas mahasiswa UKM beragama islam, kristian, hindu dan Buddha menyatakan kesemua dua puluh responden bersetuju bahawa agama sekarang yang dianuti mereka adalah bertepatan dan bersesuaian dalam memenuhi keperluan rohani serta jasmani mereka. Yang dimaksudkan dengan keperluan rohani mereka adalah seseuatu yang diperlukan dalam proses menenangkan jiwa dengan ritual-ritual agama seperti sembahyang, doa dan pelbagai lagi serta agama digunakan sebagi platform untuk meluahkan perasaan dan hasrat yang mungkin boleh dipenuhi oleh agama. Manakala keperluan jasmani pula adalah keterbukaan agama mereka dalam melakukan aktiviti-aktiviti duniawi dalam mengejar kebahagian di dunia.
Berdasarkan punca-punca manusia untuk beragama dan ditambah dengan sokongan kajiselidik dalam kalangan pelajar UKM di atas yang kesemuanya tidak menolak pengaruh-pengaruh yang dinyatakan berjaya dalam membentuk manusia untuk beragama dan mendalami agama mereka. Di samping kenyataan sesetengah ahli psikologi yang meletakkan agama di temapat yang hina adalah seseuatau yang kurang bijak dan boleh dianggap sebagai ego dan buktinya dapat dilihat melalui ujian kecil soalselidik yang dilakukan keatas mahasiswa UKM bersetuju menyatakan agama berjaya memenuhi keperluan penganutnya darisegi keperluan rohani dan jasmani mereka dan 100% daripada hasil dapatan kajian tersebut menyebut mereka sangat suka dan menyayangi agama mereka dan bukanlah sebagai “candu”.


BAB 2
BAGAIMANA MEMILIH AGAMA

2.1 PENGENALAN
Kebanyakan penganut agama mengaggap bahawa agama mereka adalah agama yang sebenarnya sama ada agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan agama yang lain. Tetapi adakah kebenaran ini dapat dibuktikan ataupun cuma sekadar dakwaan semata-mata tanpa ada sebarang bukti dan penjelasan yang kukuh serta kajian yang membuktikan agama yang didakwakan itu adalah benar. Setiap agama mempunyai konsep, ajaran, amalan, dan kepercayaan yang berbeza dan bercanggah diantara satu sama lain. Oleh itu, mustahil untuk menerima semua agama itu sebagai agama yang sebenar.
Disini kami membincangkan mengenai panduan asas dalam mengenali agama yang sebenar. Justeru itu, untuk menggunakan panduan ini kita perlu bersikap neutral, ikhlas, fokus, teliti, tidak beremosi, dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana agama termasuklah agama yang kita anuti sekarang. Dengan kata lain kita umpama tidak menganut mana-mana agama. Tujuannya adalah untuk mencari dan memilih agama yang benar. Antara panduan asas itu adalah: ( Rosmizi 2005: 137-138 )

2.2 MENGKAJI ASAL-USUL AGAMA
Agama merupakan satu pegangan dan kepercayaan manusia. Agama yang benar adalah agama yang datang daripada tuhan yang menciptakan seluruh makhluk yang wujud sama ada tumbuhan, haiwan, mahupun manusia. Tuhan juga mestilah mengetahui segala keperluan makhluknya tidak kira secara lahiriah ataupun batiniah. Oleh itu, hanya agama yang datang dari tuhan adalah agama yang benar.

Tuhan yang sebenar-benar tuhan adalah, yang menciptakan manusia bukan yang diciptakan oleh manusia. Kita perlu tahu membezakan antara tuhan yang sebenar dengan tuhan yang diciptakan. Agama pula datang daripada tuhan. Jika tidak, agama itu terbatas dan sentiasa memerlukan perubahan, penambahan, pengubalan, dan sebagainya. Agama yang benar adalah agama yang yang dapat dibuktikan secara terang dan yakin. Ia datang daripada tuhan. Contohnya, agama itu dapat dibuktikan kebenarannya melalui sejarah kemunculannya yang betul. Agama yang mempunyai sejarah kelahiran yang kabur tidak dapat di kategorikan sebagai agama yang benar. (Rosmizi 2005: 139-142 )

2.3 MENELITI SUMBER AGAMA
Setiap agama mempunyai sumber ajaran yang tersendiri. Sumber ini penting kerana ia merupakan rujukan utama yang dapat menentukan status sesebuah agama. Sumber ajaran agama di dunia dikenali sebagai kitab suci. Akan tetapi, masih ada sesetengah agama yang tidak mempunyai sumber agama yang tetap seperti agama-agama yang berasaskan ideologi serta fahaman pihak tertentu. Kitab suci yang benar dan asli perlulah seratus-peratus berasal daripada tuhan. Dengan kata lain kitab suci perlu mengandungi “KATA-KATA TUHAN”. Untuk itu, kita perlu mengetahui sejarah kitab suci bagi memastikan status sebenar kitab itu.
Penelitian dan pengkajian perlu dilakukan kerana terdapat banyak kitab yang di anggap suci, tetapi sebenarnya ia bukan berasal daripada tuhan. Malah ada sesetengah kitab yang tiada kaitan langsung dengan perintah tuhan. Ini bermakna kitab suci tersebut bukan kitab yang benar tetapi kitab yang palsu. (Rosmizi 2005: 143- 145 )
Selain itu, menilai kitab suci daripada sudut isi kandungannya. Hal ini penting kerana ia bertujuan untuk memastikan kita hanya beramal dengan kitab suci yang mengandungi ajaran-ajaran yang benar. Kitab yang benar-benar suci adalah kitab yang mengandungi ajaran yang asli dan tidak pernah berubah sejak ia diturunkan oleh tuhan kepada utusannya. Isi kandungan dan ajarannya perlu dan sentiasa mengandungi unsure-unsur positif seperti:
i. Membawa kebaikan
ii. Adil dan menyeluruh
iii. Fleksibel dan praktikal
iv. Konprehensif
v. Mudah
vi. Memberi petunjuk
vii. Menyediakan hukuman dan peraturan
viii. Memberikan panduan
ix. Mengangkat martabat dan menyatukan manusia
x. Mengeluarkan manusia daripada kejahilan kepada kebenaran
xi. Tidak bertentangan dengan fitrah (Rosmizi 2005: 146-150 )
Selain itu juga, bahasa asal merupakan elemen penting dalam menentukan status kitab suci. Bahasa asal disini merujuk kepada bahasa asal yang digunakan oleh kitab suci yang mula-mula disampaikan oleh pembawa agama tersebut. Setiap kitab yang benar-benar suci perlulah dapat mengekalkan bahasa asalnya. Ini merupakan satu simbul kekuatan dan kebenaran sesebuah agama.
Aspek lain yang penting adalah kepada siapa kitab suci ini diberikan. Kitab suci ini mestilah datang daripada tuhan dan diberikan kepada utusan pilihannya. Sekiranya kitab suci dibawa oleh orang selain utusan tuhan, maka kitab itu tidak boleh dianggap sebagai kitab suci dan statusnya diragui. Perkara ini penting kerana terdapat banyak agama yang mengaggap kitab seperti ini sebagai kitab suci. Sebenarnya kitab itu bukan datang daripada utusan tuhan sebaliknya ia datang daripada manusia biasa tetapi memiliki pemikiran dan pandangan yang tajam. (Rosmizi 2005: 150-151 )

2.4 MENYIASAT PEMBAWA AGAMA
Setiap agama pasti ada pembawanya, mustahil agama muncul dengan sendiri. Namun pembawa agama mungkin berbeza daripada satu agama dengan yang lain. Ada diantara mereka yang dianggap suci, nabi atau utusan tuhan, dewa, dan ada yang dianggap sebagai tuhan ataupun anak tuhan. Bagi memastikan status sebenar ajaran sesuatu agama kita perlu menyiasat dan mengkaji semula sejarah pembawa agama. Antara siasatan dan kajian yang perlu dilakukan adalah memastikan ianya daripada utusan tuhan, mempunyai bukti sifat beliau adalah utusan tuhan dan kelakuan asas iaitu sentiasa melakukan perbuatan baik dan beliau juga dapat melakukan mukjizat tertentu bagi membuktikan kebenaran dirinya sebagai utusan tuhan.
Aspek lain yang perlu diambil kira adalah bagaimana seseorang itu mendapat perutusan daripada tuhan ini kerana utusan tuhan bukanlah jawatan yang boleh diperolehi oleh semua orang, tetapi ia dipilih oleh tuhan sendiri. Ia adalah tanggungjawab yang diberikan oleh tuhan kepada manusia yang diingininya. Selain itu aspek lain yang perlu dikaji ialah cara beliau menyebarkan ajarannya. Beliau mestilah menyebarkan ajarannya secara jujur, ikhlas, dan jelas. Segala amal perbuatannya adalah untuk tuhan. (Rosmizi 2005: 153-160 )

2.5 MENGANALISIS AJARAN AGAMA
Ajaran agama adalah perkara penting dan berpengaruh. Ia adalah factor utama yang menentukan hala tuju sesebuah agama.Ajaran agama yang benar adalah ajaran yang diberikan oleh tuhan kepada utusannya supaya disampaikan kepada manusia. Sebelum memilih agama, ada baiknya diperhatikan terlebih dahulu ajaran-ajarannya bagi memastikan hanya agama yang benar sahaja yang diikuti. Ajaran agama yang benar mempunyai cirri-ciri asas yang tiada dalam ajaran-ajaran yang lain. Sebagai panduan asas dalam mengenal pasti ajaran yang benar-benar datang daripada tuhan, disini diberikan cirri-ciri ajaran yang benar.
i. Konsep satu tuhan.
ii. Universal.
iii. Konprehensif.
iv. Saling melengkapi.
v. Rasional.
vi. Fleksibel.
vii. Parktikal.
viii. Mudah dan jelas.
ix. Berfaedah dan tidak bercanggah. (Rosmizi 2005: 162-166 )

2.6 MENINJAU TUJUAN AGAMA
Setiap agama pada dasarnya membawa tujuan yang baik. Namun konsep baik agak berbeza antara sesetengah agama. Ini kerana, ada perkara yang dipandang baik oleh agama tertentu tetapi dipandang buruk oleh agama lain. Contohnya menyembah berhala.
Adil merupakan tujuan asas bagi sesebuah agama. Mengikut pengetahuan umum adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Oleh itu, agama yang benar-benar bertujuan menegakkan keadilan perlu meletakkan tuhan dan manusia pada tempatnya. Ia bermaksud tuhan perlu diletakkan ditempat teratas dan tidak boleh ada sesuatupun yang menyamainya. Antara lain yang perlu ada dalam tujuan agama adalah kebaikan membebaskan manusia dan menyatukan manusia.( Rosmizi 2005: 167-169 )


2.7 PERCANGGAHAN DAN KEKELIRUAN
Agama yang benar dapat memenuhi kehendak dan keperluan seluruh makhluk. Ianya juga tidak pernah bercanggah sama sekali sama ada dengan elemen didalam ataupun luar agama. Terdapat pelbagai bentuk percanggahan yang sepatutnya tidak wujud dalam agama. Antaranya perbezaan dari segi ajaran agama dengan upacara amalan yang dilakukan oleh penganutnya. Contohnya, agama menyuruh pengikutnya melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan serta kemudaratan tetapi pada masa yang sama mereka dituntut melakukan upacara penyeksaan ataupun amalan yang memudaratkan diri mereka seperti pengampunan dosa. (Rosmizi 2005: 175-177 )


BAB 3
KONVERSI AGAMA


3.1 PENGENALAN
Dari segi definisi konversi agama ini telah dihuraikan oleh Jalaluddin Rakhmat menyatakan bahawa secara umumnya konversi agama ini adalah berubah agama atau masuk agama. Dari segi etimologinya pula, beliau mengatakan perkatan ini berasal dari perkataan “conversio” yang bererti taubat, pindah dan berubah. Dan perkataan dasar ini diperkembangkan menjadi makna berubah dari suatu keadaan atau dari suatu agama ke agama lain (Jalaluddin 2003: 50). Manakala Prof Zakiah Darajat pula mengambil makna konversi ini sebagai berlawan arah dan dapat dikaitkan sebagai terjadinya suatu perubahan keyakinan yang berlawan arah dengan keyakinan semula (Zakiah 1973: 103)
Manakala definisi konversi menurut William James adalah:
“menjalani konversi akan terlahirnya kembali, menerima rahmat, mendapatkan pengalaman keagamaan, memperoleh kepastian. Kesemua item-item ini adalah sebagai ungkapan yang menunjukkan suatu proses yang baik yang berlangsung secara bertahap mahupun secara drastik, dalam jiwa pula merasai pengalaman berbelah-bagi, merasa hina, bersalah dan tidak gembira, berubah menjadi teguh, merasa kebenaran, mulia dan gembira, hasil daripada pegangang yang kuat terhadap hal berkaitan agama” (James 1902: 280).
Pengertian yang dapat disimpulkan disini terbahagi kepada dua iaitu konversi agama dalam pengertian penerimaan, penganutan, pemilihan dan perubahan kepada agama atau kepercayaan yang berbeza dengan anutan atau kepercayaan sebelumnya seperti seorang islam memeluk agama lain da juga sebaliknya. Dan yang kedua dalam pengertian perubahan dan peralihan daripada satu keadaan, situasi atau penghayatan beragama yang mendatar atau bersahaja kepada keadaan dan penghayatan yang lebih mendalam dan serius (Fuadzinaim, 2007, 92).


3.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKU KONVERSI
Dalam kebanyakan pendapat yang diutarakan oleh para pengkaji meletakkan status orang yang menukar agama sebagai satu tingkah laku keagamaan yang menyimpang dan sebagai tingkah laku yang berada di luarbatasan norma kerana ia sering menimbulkan keresahan atau kebimbangan masyarakat. Manakala kelompok yang mudah terjebak akan gejala ini adalah kelompok kedua yang digelar sebagai kelompok yang mengamalkan agama secara bersahaja dan meletakkan agama sebagai sub-world. Namun, golongan yang kuat beragama juga terjebak kerana kepercayaan agama baru lebih dari agama sebelumnya. (Fuadzinaim 2007: 90)
Zakiah Darajat, di dalam bukunya ilmu jiwa agama telah menyenaraikan terdapatnya empat faktor pemilihan manusia melalui konversi, iaitu;
i. Faktor pertentangan batin (konflik jiwa) dan tekanan perasaan
Kehidupan manusia tidak sunyi daripada sebarang permasalahan dan persoalan kehidupan yang perlu kepada penyelesaian dan jawapan yang memenuhi keperluan. Namun kadang kala dalam mencari, manusia mendapati dirinya gagal dan tidak berupaya menyelesaikan. Oleh yang demikian, akan terjadinya konflik jiwa dan perasaan. Implikasi dari ketidakupayaan ini, manuisa mengambil jalan konversi yang mana mungkin dapat menyelesaikan kecelaruan jiwa dan perasaan.
ii. Pengaruh hubungan dengan tradisi agama.
Faktor penting manusia melakukan konversi adalah berlaku melalui pengalaman pengalaman yang dilalui semasa diperingkat perkembangannya. Antara pengalaman yang penting adalah pendidikan dan asuhan semasa kecil. Namun faktor lainnya adalah kondisi persekitaran yang penuh nilai-nilai keagamaan seperti masjid, gereja dan lain-lain. Jika terdedah sejak kecil akan salah satu institusi agama ini, akan lebih mudah untuk konversi.

iii. Pengaruh ajakan
Pengaruh ajakan ini memerlukan seorang ejen yang bertindak sebagai menarik seseorang supaya memasuki agama mereka. Ini akan lebih mudah diterima bagi manusia yang mengalami kecelaruan jiwa yang masih gagal menyelesaikan konflik dalam dirinya. Manakala, ejen-ejen luar ini akan memainkan fungsinya bagi menyelesaikan dan membantu si pesakit konflik jiwa tersebut. Jika jawapan itu dapat memberi keperluan jiwanya yang bercelaru akan diterima kehadiran ejen tersebut yang kelamaannya akan menerima ajaran-ajaran ejen yang bertentangan dengan anutan agama sebelumnya.
iv. Faktor emosi
Pengukuhan hujah ini disertakan dengan pandangan George A.Coe bahawa manuisa berkonversi adalah datangnya secara kuat dari emosi, diperkuatkan kenyataan W.H.Clark mengtakan emosi punya peranan dalam gejala ini. Manakala sasaran konflik emosi ini adalah dari kalangan remaja yang masih tidak stabil kondusi emosinya. G.Stanley Hall dalam kajiannya mengatakan remaja adalah peringkat yang paling peka sehingga membawa kepada konversi agama (Zakiah 1973: 126-137)
Dalam hasil kajian yang dijalankan keatas mahsiswa UKM beragama islam, kristian, hindu dan buddha hanya dua orang daripada dua puluh respondan pernah melalui jalan konversi ini. Kedua-dua respondan ini dahulunya adalah beragama buddha yang memeluk agama islam. Respondan pertama menyatakan antara faktor beliau memilih untuk konversi adalah kerana pengaruh rakan dan melihat kebaikan yang terdapat di dalam agama islam itu sendiri. Faktor-faktor ini boleh dikatogerikan sebagai faktor pengaruh hubungan dengan tradisi agama. Ini adalah kerana respondan tertarik dengan keadaan sekeliling yang mengamalkan kebaikan-kebaikan agama islam dan ditambah ajakan daripada rakan sebaya.
Manakala respondan yang kedua pula memilih untuk konversi adalah kerana jalan perkhawinan dengan orang melayu, setelah itu barulah islam mula menjadi pegangan yang kuat sehingga beliau menyatakan islam adalah agama yang betul dan dia sangat menyukai agama islam berbanding agama yang dahulu tidak selengkap islam. Ini dapat disimpulkan respondan itu mula tertarik dengan perempuan melayu tersebut mungkin melalui sikap luarannya atau sikap kegamaannya yang mana respondan sanggup menerima islam. Dan pengukuhan islam ke dalam jiwanya pula telah dijalankan oleh institusi keagamaan atau kumpulan agama yang terdapat di tempat tinggal respondan.



KESIMPULAN

Berdasarkan daripada penjelasan dan huraian penulis bagi memfokuskan di bawah tajuk punca pemilihan agama, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa agama adalah sesuatu panduan hidup yang murni bagi membentuk hala tuju kehidupan seorang manusia di muka bumi ini. Namun yang menjadikan agama ini dpandang entiti yang hina dan memudaratkan adalah hasil tangan manusia itu sendiri yang mana akalnya sekadar mencapai yang logik melalui data empirikal.
Punca pemilihan agama dalam kalangan manusia adalah suatu yang subjektif kerana ada pelbagai faktor kenapa manusia ingin kepada agama dan penulisan ini hanyalah berdasarkan kajian ahli-ahli psikologi yang menyenaraikan punca yang menyumbang besar dalam pemilihan agama manusai. Manakala sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita seharusnya memilih agama yang ada berdasarkan langkah-langkah yang telah disenaraikan dalam penulisan ini supaya kita menjadi puas dan tiada keraguan yang bakal timbul kelak dek terdapatnya percanggahan logik kita.
Konversi agama bukan sahaja merujuk kepada penukaran agama asal kepada agama baru, namun is juga merujk kepada penambahbaikan atau kepercayaan yang mendalam kepada agama sedia ada kerana sebelumnya kelihatan mendatar sahaja pretasinya. Faktor mengapa manusia berkonversi adalah seakan sama dengan faktor pemilihan agama kerana ia bersangkutan dalam memilih agama yang terbaik dan menambaik kegiatan agama kita.
Segala kajiselidik yang dijalankan kepada mahasiswa UKM adalah untuk menyokong segala fakta-fakta yang dikemukan oleh ahli psikologi walaupun skalanya hanyalah sekadar 20 orang respondan. Sekaligus segla hasil dapatan adalah untuk menguatkan dan mengkonkrikkan lagi fakta-fakta sedia ada. Dan penulis harap segala hasil tulisan dapat memuaskan hati pembaca dan tiada langsung unsure-unsur bias atau tertumpu kepada agama tertentu sehingga membawa kepada pemalsuan maklumat. Segala ilmu yang terdapat dalam penulisan ini hanya lah secebis sahaja dan selebihnya bolehlah dirujuk serta segala kesalahan dan kekhilafan adalah dikesali. Salam


RUJUKAN
Aritonang Jan.S. 1994. Berbagai Aliran Di Dalam Dan Di Sekitar Gereja. Jakarta: PT. BPK Gunung Mulia. www. Books.google/books=hinduisme [22.Ogos.2009]
Budd Susan. 1973. Sociologist and Religion. Toronto: The Macmillan Company Collier-Macmillan Canada LTD
Fuadzinaim Hj Badaruddin. 2007. Psikologi Agama. Bangi: Pusat Perkembangan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalaluddin Rakhmat. 2003. Psikologi Agama. Sebuah Pengantar. Bandung: Mizan
James William. 1902. The Varietis Of Religious Experience. United States of America: Longman, Green and Co.
Mohd Rosmizi abd Rahman. 2005. Panduan Memilih Agama. Siri Perbandingan Agama. Pahang: PTS Millenia Sdn.Bhd
Thouless R.H. 1971. An Introduction To The Psychology Of Religion. London: Cambrige University Press.
Vattino Gianni. 2002. After Christianity. Journal Amerika Academic of Religion. Columbia University Press. www.oxfordjournals.org [21.Ogos.2009]
Woodhead Linda. 2001. Religion In The Modern World. London: Routledge taylor & Francis Group
Zakiah Drajat. 1973. Ilmu Jiwa Agama. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Pembaca Setia