Para sejarawan dan pengkaji Islam termasuk dari Barat telah merekodkan bahawa para Sahabat Rasulullah (s.a.w.) dan pemimpin-pemimpin Islam merupakan golongan yang amat menghormati dan memahami penganut agama-agama lain. Salah satu contoh yang boleh dibuktikan ialah bilamana Bayt al-Maqdis (Jerusalem) hendak diserahkan kepada Sayyiduna Umat al-Khattab (r.a.), beliau telah berkata kepada penduduk-penduduk yang beragama Kristian:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, berikut merupakan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kami, Umar, hamba Allah, amir al-mu’minin kepada rakyat Bayt al-Maqdis: bahawa kami menjamin keselamatan hidup, harta benda, dan anak-anak mereka, gereja-gereja mereka, salib-salib mereka, dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mereka, tanah-tanah mereka , dan segala perkara yang berkaitan dengan agama mereka. Gereja-gereja mereka tidak akan dihancurkan atau diganggu, demikian juga wakaf-wakaf ataupun martabat mereka, dan tidak ada satupun dari harta benda mereka. Penduduk Bayt al-Maqdis tidak akan dilarang melakukan ibadat menurut agamanya dan tidak seorangpun yang akan dicederakan.

Bahkan juga Sayyiduna Umar turut mengunjungi beberapa tempat suci dan bagaimana waspadanya dan berhati-hatinya beliau dapat dibaca dari keterangan T.W. Arnold di dalam The preaching of Islam (T.th: 57):

Dengan didampingi oleh para patriarch, Umar mengunjungi tempat-tempat suci dan diceritakan sewaktu rombongan beliau berada di Gereja Kebangkitan (Church of Resurrection), para patriarch menawarkan supaya beliau bersembahyang di gereja itu. Akan tetapi Umar dengan bijaksananya menolak dengan mengatakan bahawa jika beliau berbuat demikian, pasti pengikut-pengikutnya akan menuntut tanah dan tempat itu sebagai tempat peribatadan kaum Muslim.

Beginilah sikap Islam yang diajar oleh Baginda Nabi Muhammad (s.a.w.) dan diamalkan oleh para sahabat dan pemimpin-pemimpin Islam.

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Pembaca Setia