Misi berjaya... itulah ungkapan yang dapat diberikan kepada program yang telah berlangsung di bilik 3A502 FSSK pada malam Khamis (hari Rabu 26 Jan 2011) yang lalu. Dengan kerjasama antara para pelajar Jabatan Usuluddin dan Falsafah serta Persaudaraan Kristian UKM, maka matlamat mengorak langkah membina toleransi, keharmonian, persefahaman, penerimaan, dan penglibatan antara agama berjaya direalisasikan dengan gemilangnya dengan izin Allah Taala. Pandangan penulis secara peribadi melihat bahawa sepanjang keberadaan di UKM selama 8 tahun ini, inilah satu-satunya program interfaith yang paling berjaya. Berjaya dalam erti kata mencapai matlamat dan objektif dialog anatara agama itu sendiri. Program-program sebelum ini walaupun hanya boleh dibilang dengan jari, tetap menarik minat ramai, namun kebanyakan peserta masih keliru dan kebingungan setelag program tersebut berakhir. Namun Bengkel Keharmonia Beragama yang telah dilakukan ini telah membuka lembaran baru dan membina momentum dalam interaksi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama. Banyak isu-isu yang tidak difahami samada mengenai Islam atau Kristian yang terjawab kepada para peserta seminar yang kesemuanya amat berpuas hati dan gembira dengan bengkel terbabit. Penghargaan juga kepada para fasilitator, pembantu penyelidik, dan semua yang diundang yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan hasrat dan misi suci menyuburkan rahmat Ilahi dan kasih sayang Tuhan sesama insan. Semoga usaha ini diberkati Tuhan dan akan disusuli dengan lebih banyak lagi program-program interfaith yang lain...
Salam Muhibbah
Ust. Yusri Mohamad Ramli

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Pembaca Setia