Ajaran Buddha telah dijelaskan di dalam tiga aksiom (kebenaran yang diterima umum) yang ringkas:

Berhenti melakukan kejahatan;

Belajar melakukan kebaikan;

Sucikan minda anda.

Barisan ayat pertama memberikan pendapat mengenai kod moraliti yang terkandung di dalam lima nasihat. Ini walau bagaimanapun, hanya menghapuskan lalang daripada tanah, dan usaha yang konstruktif (membina) bermula dengan barisan ayat kedua: belajar melakukan kebaikan.

Berselerak di dalam kesusasteraan Buddha, terdapat senarai kenyataan yang menyihatkan, atau perkara-perkara yang digalakkan, dan ini bertentangan dengan kenyataan yang tidak menyihatkan, atau perkara yang dicegah. Salah satu kenyataan yang menyihatkan yang paling penting ialah ‘dana’ yang bermaksud memberi.

Sejak beberapa kurun, dana telah menjadi suatu yang sempit, terbatas, dan mempunyai makna yang bersifat kebendaan - dengan prinsip caritas Perjanjian Baru (New Testament). Akan tetapi jika kita melihat pada keterangan-keterangan dan gambaran awal mengenai dana, maka kita dapati ia bukanlah niat yang sebenar.

Apa yang ingin digalakkan bukanlah tabiat memberi kepada institusi-institusi kebajikan dari semasa ke semasa, bukanlah pembayaran mekanikal tithe (bayaran satu persepuluh kepada gereja), bukanlah untuk meletakkannya secara terus terang, amalan membeli suara hati yang mudah dengan kadar yang murah. Dana menyifatkan secara beransur-ansur membangunkan kehendak untuk memberi - bilamana dan bagaimana keperluan itu timbul.

Pembaca-pembaca Barat mungkin paling baik memahami ruh kebaikan Buddha tentang dana jika dia kembali mempertimbangkan keterangan caritas di dalam surat kepada Corinthians:

‘Dan sungguhpun saya menyebarkan segala kebaikan saya (kepada golongan miskin), dan menawarkan jasad saya untuk dibakar (sebagai korban), namun ia tidak akan menguntungkan saya apa-apa pun melainkan saya mempunyai kasih sayang. Kasih sayang adalah menahan penderitaan yang berpanjangan dan jujur; kasih sayang bukannya cemburu, bukan juga bercakap besar tentangnya…kasih sayang tidak memperhitung kesalahan yang telah dilakukan kepadanya, ia juga tidak mudah untuk didorong.’

Di sini kita dibawa ke lapangan kebaikan Buddha yang lain: metta. Dana ialah suatu penjelmaan luar yang mengambil berat tentang kebajikan orang lain, metta (sering diterjemah sebagai menyintai-kejujuran) meliputi keseluruhan sfera perkara yang diambil berat itu. Mengembangkan metta bermakna mengembangkan keadaan minda yang dengan ini kegembiraan dan kesedihan, keadaan baik serta sihat dan masalah-masalah orang lain adalah penting bagi saya sebagaimana keadaan saya sendiri. Metta mengkehendaki menghapuskan halangan di dalam fikiran seseorang antara diri sendiri dan manusia yang lain. Ia selalu dikatakan bahawa pengikut Buddha patut berusaha untuk mencurahkan perasaan terhadap setiap hubungan manusia, rakan-rakan, kenalan, dan musuh, sebagaimana seorang ibu mencurahkan perasaan kepada anaknya. Suatu tugas yang sukar, tidak diragui, tetapi seseorang yang menurut kod Buddha adalah diingini sebelum beberapa perkembangan dalam pembangunan rohani adalah suatu yang mungkin.

Kebaikan penting yang lain, yang bergabung dengan metta dan kelak mungkin lebih susah sedikit bagi yang bukan beragama Buddha untuk memahaminya iaitu ‘pemindahan kebaktian’. St. Paul memperkatakan tentang kasih sayang bahawa ia ‘mencari sesuatu yang bukan kepunyaannya’. Kebaikan Buddha mengenai pemindahan kebaktian mungkin boleh dipertimbangkan sebagai suatu pembangunan tema ini. ‘Berhenti melakukan kejahatan; belajar melakukan kebaikan’ ia telah dinyatakan; apabila suatu masa tiba apabila seseorang mesti menyedari bahawa di sana wujud sikap semulajadi yang mementingkan diri sendiri pada usaha seseorang dalam menjauhkan diri daripada kejahatan dan usaha seseorang dalam mengejar kebaikan. ‘Ia menjadi jelas kepada saya bahawa saya sedang melakukan kebaikan bagi membolehkan saya menuai manfaat-manfaat - samada manfaat-manfaat itu berada berada dalam bentuk yang bertambahnya penghormatan daripada orang lain, atau hanya bertambahnya rasa hormat pada diri sendiri. Saya sedang berkerja dan berjuang untuk pergi ke syurga – samada syurga itu menjadi kehidupan selepas kematian yang penuh dengan para malaikat yang bermain kecapi, atau samada ia adalah sebuah negara yang sejahtera dan memuaskan hati dalam kehidupan tersebut.’ Ia adalah pada perkara ini bahawa amalan pemindahan kebaktian akan diperkembangkan. Penganut Buddha mempelajari untuk berhasrat agar segala manfaat terhadap perbuatan baiknya kembali bukan hanya kepada dirinya sahaja tetapi kepada semua manuisa. Setiap kelakukan bermurah hati, setiap gerakan kasih sayang, tidak lagi ditambah dalam laporan peribadi saya tetapi diikat kepada manfaat semua orang. Lebih tepat lagi seperti sebuah sungai yang memberi makan laut dan yang menambah, bukan dengan cara air yang sama mengalir kembali kepadanya, tetapi disebabkan masa dengan turunnya hujan.

Amalan pemindahan kebaktian merupakan suatu yang sukar, bahayanya banyak dan samar-samar secara tidak nampak ketara (terselindung), namun ia merupakan konsep yang banyak di antara kita memberikan lebih banyak perhatian.

Akhirnya, dalam tinjauan yang ringkas, secara permukaan, dan yang penting tentang amalan menyihatkan bagi agama Buddha, kita mungkin akan mempertimbangkan kebaikan menggembirakan kebaktian orang lain. Kebaikan seumpama ini adalah sukar untuk dicapai akan disimpulkan daripada pembacaan nasihat St Teresa of Avila dan juga penulis The Cloud of Unknowing. Menggembirakan kebaiktian orang lain tidak boleh dirasai sehingga sejumlah banyak perasaan mencintai kebaikan (metta) telah diperkembangkan, dan sehingga sebahagian percubaan telah dibuat untuk memahami konsep ‘pemindahan kebaktian’. Menggembirakan kebaktian orang lain boleh menjadi sangat susah daripada menggembirakan dalam menggalakkan orang lain ke arah perlantikan yang kamu kehendaki. Di sini sekali lagi kebaikan tidak akan dipupuk untuk kepentingan sendiri – kerana Buddha mengatakan bahawa kamu patut berbuat sedemikian. Menggembirakan kebaiktian orang lain, dalam kecemerlangan moral mereka dan perkembangan kerohanian mereka adalah merupakan salah satu kaedah yang disyorkan di mana penganut Buddha akan menjumpai sesuatu yang berguna dalam memecahkan halangan-halangan palsu yang telah dia bangunkan di antara individu dan orang lain.

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Pembaca Setia