Sebuah tempat peribadatan Sikh dipanggil gurdwara, yang merupakan rumah Guru dan tempat kediaman Tuhan, sungguhpun, memang orang-orang Sikh percaya bahawa Tuhan terdapat di mana-mana. Guru Granth Sahib, Teks Suci Sikh, adalah merupakan guru mereka. Gurdwara adalah sebuah tempat di mana Guru Granth Sahib dinobatkan.

Bangunan ini adalah samada sebuah pondok sementara, sebuah bilik di dalam rumah, atau sebuah bangunan istana yang melingkungi persekitarannya, seperti gereja pada abad pertengahan. Tempat ini memperoleh kesuciannya daripada kehadiran Guru Granth Sahib yang dilantik di dalamnya. Tapak bangunan dan rekabentuknya adalah tidak direncanakan oleh apa jua pertimbangan orientasi. Di India, di sana terdapat banyak bangunan-bangunan gurdwara yang cantik dan hebat yang memperingatkan tempat di mana Guru Nanak dilahirkan, menetap, memberi syarahan, dan meninggal. Ini dikenali sebagai gurdwara yang bersejarah dan pusat utama bagi penziarahan ke tempat suci.

Di Britain, walau bagaimanapun, kebanyakan gurdwara adalah merupakan kediaman biasa yang diubahsuai untuk tujuan itu, atau tempat peribadatan Kristian yang berlebihan. Di sana terdapat gurdwara-gurdwara yang baru dibina di Bradford, London, Coventry, Huddersfield, dan Nottingham. Saiz gurdwara tersebut adalah bergantung kepada sumber dana masyarakat Sikh tempatan.

Pada masa kini, terdapat lebih daripada lapan puluh gurdwara di United Kingdom. Di bandar-bandar besar seperti Glasgow, London, Birmingham, dan Manchester terdapat lebih daripada satu gurdwara dengan kehadiran yang hebat pada hari Ahad. Kebanyakan gurdwara adalah dinamakan sempena nama Guru Nanak dan Guru Gobind Singh; nama lain ialah seperti Gurdwara Singh Sabha, Ramgarhia Sikh Temple atau secara mudah, Sikh Temple juga adalah sangat biasa. Nama yang berbeza, walau bagaimanapun, tidak bermakna wujudnya mazhab-mazhab dalam Sikhisme. Semua gurdwara menyediakan jenis kemudahan dan khidmat keagamaan yang sama kepada masyarakat secara keseluruhan. Orang ramai datang ke satu gurdwara atau tempat yang lain berdasarkan keselesaan dan juga daya tarikan khidmat yang relative dalam waktu tertentu.

Kecil atau besar, biasa atau berlainan, sebuah bangunan gurdwara boleh dikenalpasti daripada jauh dengan bendera segitiga berwarna kuning dengan simbol Sikh yang dipanggil khanda yang menghiasinya. Khanda dikenali dengan simbol pusatnya, yang terbentuk daripada tiga bahagian: sebilah khanda (pedang dua mata sisi), sebuah chakar (relang), dua kirpans (pedang). Orang-orang Sikh adalah tentera-tentera rahib. Simbol senjata perang dalam bendera agama mereka membuktikan dwiperanan persaudaraan Sikh ini. Bendera ini tergantung di sebuah tiang yang ditutup penuh dengan kain kuning dan di atasnya sebilah khanda besi pada pangkal tiang. Bendera tersebut berdiri di kawasan halaman Gurdwara ataupun diikatkan pada salah satu tembok. Lambang Sikh pada bendera ini pada kebiasaannya berwarna biru. Tiang bendera ini dipanggil Nishan Sahib.

Pintu-pintu gurdwara adalah dibuka kepada semua masyarakat dan aliran kepercayaan. Seorang yang menziarahi gurdwara , walau bagaimanapun, adalah perlu untuk memerhatikan beberapa peratutan yang lazim tentang kesopanan. Dia mesti menanggalkan kasutnya dan menutup kepalanya sebelum masuk ke dalam dewan atau bilik di mana Guru Granth Sahib dilantik di atas tempat rehat yang dibina istimewa di atas sebuah pelantar yang ditinggikan, yang dipanggil Manji Sahib, di bawah sebuah kanopi. Dia juga mesti tidak membawa apa jua rokok atau tembakau pada tubuh badannya dan mesti tidak berada dalam keadaan mabuk. Dalam mendekati Guru Granth Sahib, seorang Sikh akan melutut atau meniarapkan dirinya di hadapannya sebelum mempersembahkan wang atau makanan untuk digunakan bagi perkhidmatan Guru. Dia tidak akan memalingkan belakangnya kepada buku dan selepas memberi hormat kepada pertemuan dengan ucapan “Wahe guruji ka khalsa, waheguruji ki fateh” (Seruan kepada Khalsa Tuhan yang amat hebat, kejayaan kepada Tuhan yang amat hebat) dalam nada yang rendah, akan mencari sebuah tempat duduk dalm perhimpunan itu. Semuanya duduk bersilang kaki di atas lantai yang bertikar dan tiada siapa dibenarkan duduk dengan kakinya menghadap kepada teks-teks suci. Lelaki dan perempuan beribadat bersama-sama, walaupun mereka duduk berasingan.

Perkara yang paling suci dan yang menjadi fokus perhatian di dalam gurdwara ialah Guru Granth Sahib, teks-teks suci Sikh. Ia dibuka dan ditutup dengan penuh sanjungan. Dalam suatu perarakan, ia dibawa di atas kepala ataupun di dalam sebuah palki (tandu) di atas kenderaan berhias. Sebuah rumah yang memiliki satu salinannya akan memberikannya penghormatan yang sama, memberikannya sebuah bilik tersendiri, kebiasaannya bilik di tingkat atas di Britain, sekali lagi menitikberatkan konsep martabat. Ini bukan sahaja kesan daripada memikirkan tentang pemujaan seseorang yang diganggu oleh orang ramai yang berjalan dan membuat bising di dalam bilik di atas, malah terdapat juga harapan untuk mengelak kemungkinan seseorang berjalan melintasi tempat di mana buku suci itu diletakkan. Pada masa peribadatan, seorang pembaca terlatih yang dipanggil granthi akan duduk di belakang Guru Granth Sahib dengan sebuah chauri pada tangannya. (Ini dibuat daripada kain nilon atau bulu rambut yak (lembu) yang tertanam di dalam pemegang kayu atau perak, walaupun kadang-kadang sejambak bulu merak digunakan). Ini merupakan symbol royalty. Setiap pada masa ini dan kemudiannya, granthi akan melambai-lambaikan chauri di atas Guru Granth sahib. Orang-orang Sikh memberikan teks-teks suci itu secara tepat akan kedudukan yang pernah dinikmati oleh Gru-guru semasa hidup. Dalam meninggalkan bilik tersebut, mereka akan memicit tapak tangan mereka bersama dan menunduk atau membongkok kepada teks-teks suci. Di sana tidak terdapat mazbah atau undang-undang di dalam kawasan suci dan penggunaan istilah ‘kuil’, yang banyak digunakan untuk menggambarkan temapat ibadat Sikh, oleh kerana itu ia kelihatan sangat tidak sesuai. Ia adalah sebenarnya sebuah tempat peribadatan secara jemaah.

Di dalam gurdwara terdapat sebuah dapur yang terbuka (Guru ka langar). Institusi langar adalah setua kepercayaan itu sendiri. Orang ramai mengambil makanan dan duduk bersama di dalam barisan, tanpa mengambil kira aliran kepercayaan atau status. Ia membantu mempromosikan persamaan, persaudaraan, dan perpaduan sosial. Ia tidak lain merupakan contoh yang praktikal bagi wand chakma Sikh yang unggul, berkongsi pendapatan seseorang dengan orang lain. Orang ramai menyumbang secara tunai dan juga dalam bentuk fungsinya yang memberi faedah secara sederhana sebagaimana mereka lakukan bagi amalan-amalan keagamaan yang lain.

Dalam kebanyak kemudahan gurdwara juga terdapat tempat tinggal sementara untuk orang yang menziarah ke tempat suci, pengembara, ataupun orang yang memerlukan untuk tinggal sementara.

Bangunan gurdwara dalam banyak keadaan pada masa sekarang adalah merupakan kelas-kelas literasi untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak muda tentang kepercayaan dan bahasa Guru Granth Sahib. Di sana tidak terdapat peruntukan yang mencukupi di sekolah-sekolah British untuk mengajar Gurmukhi, yang padanya ditulis teks-teks suci Sikh dan dibuat peribadatan. Keperluan dan kepentingan amalan ini mesti ditekankan jika Sikh ingin memelihara identiti dan budaya mereka.

Bagi masyarakat Sikh gurdwara ialah sebuah institusi sosio-politik dan juga sebagai tempat peribadatan. Susunan untuk perasmian upacara-upacara sosial seperti kelahiran, kematian, dan perkahwinan dibuat oleh jawatankuasa pengurusan untuk kebaikan dan keselesaan kepada masyarakat yang dianggap sebagai perkara penting. Kemudahan penyediaan makanan untuk masakan peribadi dibuat untuk mereka dan keperluan perkakas dan pinggan mangkuk seisi rumah juga disediakan untuk menghidang makanan kepada para tetamu.

Ia menyediakan sebuah forum untuk perbincangan masalah-masalah sosial dan pilitik yang memebri kesan kepada masyarakat, dan sebuah rumah yang cerah untuk penyebaran maklumat yang boleh dimabil manfaat oleh masyarakat secara keseluruhannya.

Dalam ketiadaan hiburan-hiburan yang sesuai di rumah, atau di luar rumah, orang-orang tua Sikh, lelaki dan perempuan akan berasa kesepian dan bosan. Gurdwara menyediakan persekitaran sosial untuk mereka di mana tidak ada masalah komunikasi.

Sebuah gurdwara merupakan satu-satunya tempat yang selesa untuk mengadakan pertemuan di kalangan orang-orang Sikh dan menyediakan jalinan penting antara mereka dengan masyarakat lain. Hubungan permulaan dengan orang-orang Sikh dengan komuniti yang besar secara biasanya berlaku melalui ahli jawatankuasa pengurusannya. Orang-orang Sikh tidak pernah teragak-agak dalam memainkan peranannya dalam minggu keharmonian kaum atau aktiviti-aktiviti seumpamanya yang dianjurkan oleh Majlis-majlis Hubungan Masyarakat, atau pertubuhan lain yang mengurus hal berkaitan masalah tertentu, perkauman, keagamaan, atau politik. Kadang-kadang satu hari diperuntukkan bagi orang awam untuk melawat gurdwara tempatan. Ucapan-ucapan disusun dan kesusasteraan Sikhisme dan cara hidup Sikh diagihkan kepada para pelawat.

Gurdwara-gurdwara adalah merupakan institusi pelbagai guna. Ia tidak hanya menyampaikan tunjuk ajar kerohanian tetapi juga memberi makan kepada yang lapar, tempat tinggal bagi pengembara, mendidik golongan muda, memebri tempat teduh kepada golongan papa dan juga menyediakan tempat pertemuan bagi hubungan sosial.

Gurdwara-gurdwara diuruskan oleh jawatankuasa yang dilantik oleh jemaah mereka. Kadang-kadang terdapat pemilihan secara formal tetapi biasanya lelaki dan perempuan secara tidak formal dijemput untuk berkhidmat kepada jemaah. Di Punjab, gurdwara-gurdwara bersejarah (yang bersatu dengan guru-guru manusia) adalah diuruskan oleh organisasi pusat, Jawatankuasa Shromani Gurdwara Parbandhak.

Meditasi Peribadi dan Peribadatan Awam

Seorang Sikh digalakkan bangun awal pada waktu pagi dan selepas mandi, jika boleh, atau penyucian (wuduk) yang perlu, untuk bermeditasi dengan nama Tuhan:

Selepas mandi, meditasilah dengan nama Tuhan kamu dan jasad kamu serta minda kamu akan menjadi suci.

AG 611

Dalam masa-masa permulaan santapan dewa ulangilah nama yang sebenar dan meditasilah dengan keagunganNya.

AG 2

Kebanyakan orang-orang Sikh memahami Japji (sembahyang pagi) dengan hati. Mereka akan membacanya semasa bersedia untuk kerja sebelum bersarapan. Sebahagiannya akan memebaca daripada sebuah gutka (sebuah buku kecil sembahyang harian),…

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Pembaca Setia