Guru Granth Sahib adalah teks-teks suci kepercayaan Sikh. Himpunan ajaran-ajaran Guru-guru Sikh telah diedarkan sejak satu abad, untuk panduan masyarakat Sikh yang berselerakkan di Punjab dan di luarnya, apabila Guru Arjan, yang keempat dalam pengganti Guru Nanak pengasas kepercayaan ini, merasakan perlu kepada koleksi pusat yang telah dihimpunkannya pada tahun 1604. Koleksi ini turut mengandungi bahagian-bahagian suci daripada tulisan-tulisan pendeta-pendeta bukan Sikh yang ternama pada abad pertengahan India; Hindu seperti Namdev dan Ravidas, dan Muslim seperti Kabir, Sheikh Farid dan Bhikhan. Tujuan memasukkan tanda sumbangan mereka ke dalam buku yang sangat besar yang mengandungi 1,439 muka surat adalah untuk menunjukkan bahawa kebenaran bukan dimonopoli oleh satu-satu agama sahaja, yang boleh didekati oleh jalan-jalan yang pelbagai dan kurniaan Tuhan terdapat pada sesiapa yang mencintai Tuhan dan makhluk-makhluknya. Dokumen bersejarah ini adalah wujud dan dapat dilihat di Gurdwara Shish Mahal di Kartarpur, India. Ia dikenali sebagai Adi Granth. Satu semakan telah dijalankan oleh Guru Gorbind Singh, Guru Sikh yang kesepuluh dan terakhir, yang menambahkan mazmur-mazmur (gita puja) ayahnya, Guru Tegh Bahadur kepada teks suci yang telah ada. Tulisan-tulisan Guru Gobind Singh ini dikumpulkan oleh Bhai Mani Singh, pengikutnya, di dalam jilid yang berasingan yang dipanggil Dasam Granth- buku Guru yang kesepuluh, beberapa tahun selepas kematian Guru. Guru Gobind Singh tidak melantik sesiapa pun untuk menggantikannya sebagai Guru. Sebaliknya beberapa hari sebelum kematiannya pada tahun 1708, dia mengurniakan status Guru kepada teks suci itu dan sejak dari itu teks suci Sikh, Adi Granth dipanggil Guru Granth Sahib. Granth berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud himpunan atau koleksi; sahib bererti tuan atau mahaguru dan mewakili cara Sikh menunjukkan rasa hormat.

Granth ini termuat dengan kepercayaan pegangan Sikh, yang dikenali sebagai Mool Mantra- dasar kepercayaan Sikh. Dengan secara bebas, ia mengungkapkan:

Di sana hanya terdapat satu Tuhan. Benar dengan nama, Pencipta, semua ruh-ruh yang meresap, tanpa rasa takut, tanpa kebencian. Yang kewujudanNya tidak dipengaruhi oleh masa, yang tidak dilahirkan, wujud dengan sendiri, yang harus disedari dengan penghormatannya.

Kebanyakan mazmuri-mazmur Granth menitikberatkan pembacaan dan pembesaran sifat-sifat ketuhanan ini. Mazmur-mazmur pemujaan ini disusun berdasarkan kepada bentuk muzik India, sebagaimana jua ia tidak mungkin untuk menunjukkan dengan tepat pernyataan-pernyataan doktrin dalam kesinambungan yang logik. Idea-idea tertentu muncul sebagai dominan oleh budi dan pengulangan dan boleh dijadualkan di bawah pelbagai tajuk untuk membentuk prinsip-prinsip kepercayaan Sikh.

  1. Ia menganjurkan penyembahan Tuhan yang Esa, kehidupan berkeluarga, dan persamaan semua manusia.
  2. Ia menolak penyembahan imej, pelepasan fizikal terhadap dunia, dan kepercayaan terhadap petanda dan keajaiban.
  3. Ia menegah formalisme, ketaksuban, dan hidup kerahiban dalam agama, dan mengutuk penggunaan bir, hantu, arak, dan dadah.
  4. ia menerima teori karma dan penjelmaan jiwa di samping kepercayaan terhadap kurnia Tuhan.
  5. Ia menyediakan pemahaman terhadap agama, keadaan politik dan sosial yang menguasai India pada Zaman Pertengahan. Apa-apa rujukan kepada peristiwa-peristiwa yang berkait dengan kehidupan peribadi atau umum Guru-guru, walau bagaimanapun, memang ternyata tiada. Granth merupakan sebuah koleksi mazmur-mazmur pemujaan yang hampir tidak mengandungi bahan-bahan penceritaan

Guru Granth Sahib merupakan pusat dan perkara yang amat penting dalam kehidupan seorang Sikh. Tidak ada upacara, keagamaan atau sekular, yang sempurna tanpanya. Ia merupakan titik tumpuan peribadatannya di dalam Gurdwara atau di mana-mana pun. Pembacaan sempurnanya dilakukan pada petang perayaan-perayaan Sikh, sebelum perkahwinan dan selepas kematian seorang Sikh. Semasa kehadirannya mereka akan dinamakan, dimulakan dan dikahwinkan. Semasa berpindah ke rumah baru, atau semasa pembukaan premis perniagaan yang baru, ia dibawa ke sana dan beberapa petikan daripadanya dibacakan sebelum berdoa memohon rahmat Tuhan untuk kejayaan perniagaan, atau kebahagiaan keluarga. Sungguhpun sanjungan yang tinggi ditunjukkan kepada Guru Granth Sahib oleh orang-orang Sikh, ia patut tidak dimasukkan atau dianggap bahawa orang-orang Sikh menyembah buku ini. Mereka menyembah Tuhan semata-mata, tidak kepada yang lain. Buku ini merupakan asas dan bukannya objek penyembahan; nilainya yang sebenar terletak pada pengajarannya, bukannya pada bentuk fizikalnya atau kehadirannya.

Dasam Granth

Buku suci yang kedua bagi orang-orang Sikh ialah Dasam Granth -buku Guru yang kesepuluh. Ia dihasilkan pada tahun 1734 dengan nama Guru Gorbind Singh oleh Bahi Mani Singh; salah seorang pengikutnya yang rapat. Para cendekiawan Sikh tidak sebulat suara dalam menisbahkan keseluruhannya kepada Guru Gorbind Singh, tetapi tidak ada cubaan pernah dibuat untuk menyaring tulisan-tulisan ini dan menghasilkan satu versi Guru Granth Sahib yang berautoriti. Dalam menjilid dan mensaizkannya yang sama besar dengan Guru Granth Sahib itu sendiri, tetapi ia berbeza daripadanya dari segi kandungan dan pendekatan. Himpunan ini mengandungi sejumlah buku dalam pelbagai subjek menurut panjangnya, Ia meliputi Jap Sahib (meditasi), Akal Ustat (doa kepada Tuhan), dan Shabad Hazare (mazmur-mazmur yang tidak ternilai). Senjata-senjata disanjung, serta objek yang memupuk semangat keberanian dan keperwiraan di kalangan orang-orang Sikh, di dalam Shastar Nama (senarai senjata). Bahagian lain kebanyakannya berbentuk autobiografi dan sejarah, yang dinyatakan oleh Guru mengenai misi pembaharuan dan yang diberitahunya tentang pertarungan dengan Raj-raj (pemerintah British di India) bukit dan tentera empayar (British). Swayyas (Doa Yang Kekal Abadi) adalah berkaitan dengan pengecaman terhadap penyembahan berhala, amalan ritual dan sifat kefanaan hal-hal keduniaan. Cerita-cerita mitos yang diterjemahkan daripada Mahabharata (sebuah teks suci Hindu) membentuk asas Gian Probodh (Permulaan Terbit Cahaya). Triya Charitr (Tipu Muslihat Wanita) menceritakan dengan panjang lebar sifat gelagat dan pesona perempuan yang berkebolehan bekerja. Cerita-cerita 404, yang merangkumi hampir separuh himpunan ini disusun untuk memberi amaran kepada lelaki terhadap sifat menurut hawa dan keinginan nafsu.

Tidak banyak Gurdwara yang memiliki satu salinan Dasam Granth. Ia kebanyakannya disimpan di perpustakaan dan cendekiawan menyimpannya sebagai rujukan. Bahagian-bahagian seperti Jap Sahib, Akal Ustat, Bachitar Natak, Swayyas, dan Zafar Nama- keaslian yang diterima seluruh dunia- dicetak secara meluas dalam antologi-antologi Sikh dan juga berasingan. Ia hanya mengandungi 160 halaman daripada jilid yang bercetak yang mempunyai sebanyak 1,428 halaman.

Bahasa yang digunakan kebanyakannya ialah bahasa Hindi; Zafar Nama walau bagaimanapun adalah dalam bahasa Parsi, Chandi di War dalam bahasa Punjabi; akan tetapi saluran yang digunakan ialah skrip Gurmukhi (bentuk tulisan Punjabi) yang ditulis pada Guru Granth Sahib. Dua lipatan yang bertujuan untuk meninggikan kerohanian masyarakat dan meningkatkan perilaku moral menjadi matlamat Guru. Buku ini merupakan suatu gudang mitologi dan cerita rakyat kesusasteraan besar dan kebaktian puisi India

Buku yang seterusnya yang paling penting selepas dua Granths ini ialah hasil kerja Bhai Gurdas dan Bhai Nand Lal. Tulisan-tulisan mereka diperakui untuk dibaca di dalam gurdwara-gurdwara. Bhai Gurdas (1543-1630) membantu Guru yang kelima, Arjan dalam menghimpunkan Adi Granth. Puisinya, Varan dan Kabit Swayyas sarat dengan makna dan penuh penjelasan. Ajaran-ajaran Sikh telah dijelaskan dalam bentuk yang lengkap dengan ibarat bahasa yang diambil daripada kehidupan seharian.

Bhai Nand Lal (1633-1713) merupakan penyair istana Guru Gobind Singh. Dia banyak menulis dalam bahasa parsi. Puisinya Zindgi Nama dan Gazaliat adalah sangat popular dan dicetak dalam skrip Gurmuki. Cinta kepada Tuhan dan pemujaan kepada Guru merupakan dua tema yang banyak ditangkap oleh imaginasinya.

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Pembaca Setia