Jasad hendaklah dijaga supaya suci dan sempurna dengan fikiran-fikiran dan amalan-amalan, dan juga mestilah tidak dirosakkan oleh amalan-amalan pertapaan dan penebusan dosa. Ia perlu dijaga dan dibela secara baik untuk menyanyikan pujian-pujiannya dan berkhidmat kepada masyarakatnya.

Hidup merupakan suatu misteri. Sebahagian orang adalah baik, sebahagian lagi adalah jahat. Sebahagiannya adalah kaya, sebahagian lagi adalah miskin. Sebahagiannya adalah sihat, sebahagian lagi adalah tempang. Sekiranya Tuhan adalah bapa kepada semua dan kita adalah anak-anaknya, jadi mengapa di sana begitu banyak penderitaan dan ketidakadilan dalam dunia manusia? Sikhisme menyifatkan penderitaan sebagai undang-undang karma iaitu seseorang manusia menerima akibat daripada apa yang telah disemainya. Seseorang individu telah ditempatkan di satu situasi yang telah diberikan, samada baik atau buruk, pada masa kelahirannya berdasarkan kepada amalan-amalannya pada masa lalu. Inilah yang dikatakan takdir, atau batasannya. Tetapi manusia merupakan seorang yang bijaksana dan bermoral secara semulajadi. Dia mempunyai kebebasan untuk memilih antara yang baik dan buruk. Takdir hanya bertanggungjawab terhadap masa sekarangnya. Dia mempunyai peluang untuk membentuk masa depannya jika dia mendengar kata-kata Tuhan dan melakukan usaha yang sedar bagi memperbaiki hidupnya.

Wahai manusia, kamu dianugerahkan dengan kelahiran

Ia merupakan peluang yang diberikan kepada kamu untuk bertemu dengan Tuhan kamu.

AG 378

ataupun

Wahai, jiwaku, kamu telah terbit dari cahaya Tuhan

Kenalilah intipati kamu yang sebenar.

AG 1022

Amalan yang baik dan teman yang baik akan membantunya dalam perkembangan rohaninya, jika tidak dia akan tidak berkembang jauh. Undang-undang karma beroperasi secara progressif (maju ke hadapan) dan regressif (mundur ke belakang), iaitu manusia, berdasarkan perbuatannya, akan mengubah keadaannya dan persekitarannya. Jika rekodnya adalah baik dia mungkin akan lahir di dalam kelurga yang baik, dan jika rekodnya buruk, dia mungkin akan jatuh kepada makhluk haiwan atau burung yang lebih rendah (tarafnya). Pusingan kelahiran dan kematian yang berulang ini akan hanya ditamatkan oleh Tuhan sendiri. Dalam menyedari akan batasan-batasan dan kesalahan-kesalahan, satu jiwa yang telah dibangunkan akan kembali kepada Tuhan untuk diberi penghormatan. manusia boleh mengukuhkan hubungan ini dengan Tuhan dengan menyanyikan puji-pujianNya dan dengan menawarkan amalan-amalan yang baik. manusia tidak akan pergi jauh:

Aku telah datang kepada kakimu Wahai Tuhan.

Bantulah aku untuk bertemu dengan jalan yang kamu redhai.

AG 104

Kematian bukanlah pengakhiran bagi manusia. Ia merupakan peringkat perkembangan rohaninya dan kesatuannya yang penghabisan dengan Tuhan. Pada penghujung ajal kehidupan, kelakuan manusia akan diadili berdasarkan perbuatan-perbuatannya yang telah terkumpul dan haluan masa depan hidupnya akan ditentukan berdasarkannya.

Dia telah menciptakan manusia, Tuhan telah memasukkan ke dalam jiwa mereka, untuk merekod laporan mereka, tempat duduk Dharma.

AG 463

Dengan anugerah Tuhan, dia akan diiringi ke dalam kehadiran yang abadi, atau dikurniakan pusingan kelahiran yang lain bagi membolehkannya memperbaiki kelakuannya, jika didapati mempunyai banyak kekurangan. Sikh tidak mempunyai konsep ruang kawasan syurga dan neraka. Ia (menurut agama Sikh) adalah keadaan hidup di dunia ini. Kelahiran yang sebenarnya dengan bentuk-bentuk kehidupan yang lebih rendah, atau kehidupan yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan adalah dianggap tidak kurang daripada sebagai neraka. Manusia yang bahagia dan mewah adalah tidak lebih daripada berada di syurga. Kepercayaan bahawa dunia ini hanya untuk melakukan amalan semata-mata dan dunia kemudiannya adalah untuk penghukuman dan pembalasan adalah tidak berdasarkan ujian pengalaman hidup seharian.

Menjadi seseorang yang disukai Tuhan merupakan keunggulan orang Sikh. Suatu kehidupan yang selaras dengan kehendak Tuhan merupakan satu penyelamatan dari dosa. Kesedaran manusia yang sempurna di dalam dunia ini bukanlah suatu impian yang tidak dimakbulkan tetapi merupakan satu kemungkinan yang berharga yang diperjuangkan. Ingatan yang teguh kepada Tuhan membuka jalan untuk mendapat pengurniaan dan penyelamatannya. Menjadi manusia yang berciri ketuhanan merupakan hanya untuk menghapuskan dirinya yang mementingkan kepentingan diri sendiri.

Leka dalam Ego kami mencapai bukan yang hakiki.

Tetapi apabila Ego lenyap kami mencapai kedudukan yang tinggi.

Ag 226

Usaha yang sedar itulah yang dipangggil untuk memesongkan minda daripada mengejar matlamat mementingkan diri sendiri kepada matlamat mengutamakan kesenangan orang lain. Sewa dan Simran menyediakan keseimbangan yang perlu untuk suatu kehidupan yang dalam hal lain dikuasai oleh sikap mengagungkan diri. Menurut Guru Nanak, “Tanpa mengamalkan budi, tidak akan adanya penyembahan kepada Tuhan” (AG 64). Meditasi merupakan cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan menyingkap kehadirannya di dalam diri kita. “Suatu yang hakiki adalah tidak jauh daripada kita. Dia tinggal bersama kita” (AG 421). Menyedari akan Tuhan akan membawa kepada mengenal Tuhan.

Apabila kesedaran kepada Tuhan memenuhi hati

Seseorang mendapat penyelamatan semasa hidup.

AG 412

tetapi

Keajaiban adalah seumpama manusia di dunia yang apabila diuji

Tuhan menghimpunkan kepada perbendaharaannya.

AG 1345

Manusia seperti itu dipanggil ‘Jivan Mukht’, iaitu seorang yang bebas apabila hidup. Dia merupakan Brahm Gyani, iaitu yang dianugerahkan dengan pengetahuan Tuhan. Dia tidak lagi tertakluk kepada undang-undang karma. ‘Datang dan pergi’nya telah ditamatkan. Dia memimpin orang lain dalam jalan kerohanian.

Mereka adalah tidak tertakluk dengan undang-undang penjelmaan.

Hamba-hamba Tuhan datang untuk membuat kebajikan kepada orang lain.

Mereka menanamkan kehidupan rohani, mengilhamkan pemujaan dan

Menyatukan manusia dengan Tuhan.

AG 749

Suatu kehidupan yang di bawah pertimbangan adalah tidak dianggap sebagai tidak sesuai dengan kehidupan seharian seorang tuan rumah. Pelepasan fizikal terhadap dunia adalah tidak disyorkan untuk mencapai pencahayaan kerohanian. Manakala pelepasan terhadap nafsu-nafsu jahat pula adalah patut dipuji, tetapi bukannya berhenti kerja dan menggugurkan tanggungjawab-tanggungjawab keluarga. Pelepasan yang sebenar ialah sikap pemisahan mental daripada pemilikan dan kesatuan dengan dunia.

Dengan mempertimbangkan kebenaran, cahaya akan mula muncul. Kemudian semasa kepuasan nafsu, seseorang tinggal dipisahkan. Seumpama keagungan Guru yang Hakiki yang tinggal bersama isterinya dan anak-anaknya

seseorang mencapai penyelamatan.

AG 661

Ajaran-ajaran Lain Sikh yang Penting

Sikhisme mengakui sifat ketuhanan yang berpotensi pada semua manusia dan oleh kerana itu ia memastikan bagi mereka hak yang samarata dalam peribadatan tanpa mengira jantina dan status sosial. “Tuhan yang Esa adalah Bapa kepada semua dan semua kita adalah anak-anakNya” (AG 611) “oleh kerana itu”, kata Guru Nanak, “Siapa yang boleh dipanggil jahat, dan siapa yang boleh dipanggil baik? Sedangkan kita melihat Tuhan yang sama di dalam kita semua” (AG 353). Sikhisme menegah sikap tidak bersabar. Masyarakat dalam setiap kelas dan aliran kepercayaan diterima untuk ke tempat ibadatnya, untuk mendapat layanan mesra daripada dapur mereka yang terbuka, dan penggunaan institusi pendidikan dan kebajikan yang diuruskan oleh jawatankuasa Gurdwara.

Meditasi dengan nama Tuhan dan menyanyikan puji-pujianNya membentukkan cara peribadatan Sikh. Di tempat upacara penghuraian, penziarahan ke tempat suci, dan amalan yang lain, ketulenan hidup dan khidmat kemanusiaan adalah dituntut. Guru Nanak mengajar “Kebenaran berada di atas segala perkara tetapi yang tertinggi masih kehidupan yang sebenar” (AG 62). Tuntutan itu disandarkan kepada amalan kehidupan beragama dan bukannya kepada tatatertib atau upacara.

Dalam Sikhisme, ia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya orang-orang yang malas, parasit (penyangak), dan pengemis. Kerja adalah lebih penting daripada ibadat “Dia secara sendiri telah menemui jalan yang betul yang makan apa yang dia dapat melalui kerja, dan berkongsi pendapatannya dengan orang yang memerlukan” Guru Nanak (AG 1245). Seorang Sikh perlu memperoleh kekayaan dan bukannya menolaknya, tetapi menunjuk-nunjukkan kekayaan itulah yang dikutuk.- Apa jua kekayaan yang berlebihan perlu digunakan untuk meringankan penderitaan golongan miskin, dan bukan dengan menurut hawa nafsu untuk kemewahan dan minuman keras.

Sikhisme menganjurkan jalan sederhana, antara seorang pertapa dan orang yang kuat makan- iaitu kehidupan seorang tuan rumah. Semua Guru-guru Sikh, kecuali yang kelapan, yang mati semasa kanak-kanak, mempunyai kehidupan keluarga yang normal yang melaksanakan kewajipan mereka sebagai tuan rumah sebagaimana menjadi mentor atau pembimbing kerohanian kepada masyarakat mereka. Bagi mencapai penyelamatan atau kesatuan dengan Tuhan, persaraan daripada tanggungjawab peribadi dan sosial adalah tidak disyorkan. Kehidupan penyembahan dan pemujaan di dunia tautan manusia adalah lebih baik untuk dipilih daripada untuk kehidupan seorang pertapa dan seorang pengemis. “Seseorang tidak mencapai Tuhan dengan mengeji dunia’- guru Arjan (AG 962).

Sikhisme tidak mengambil berat penggunaan paksaan yang tidak bersopan di dalam semua keadaan. “Apabila semua cara telah gagal, adalah merupakan suatu yang betul untuk mengeluarkan pedang”- guru Gorbind Singh. Keamanan pada apa jua harga bukanlah slogan orang-orang Sikh. Mereka tidak akan duduk di belakang melihat pencabulan dan pembunuhan orang yang tidak berdaya mempertahankan diri. Mereka percaya bahawa perang boleh diwajarkan, untuk mempertahankan kebebasan dan menentang ketidakadilan.

Agama Sikh menegah kepercayaan terhadap petanda baik dan buruk, ketidaksucian kelahiran dan kematian, kesan gabungan bintang-bintang atau buruj (zodiak), dan penyembahan kubur dan jirat.

Sikhisme tidak bersetuju dengan konsep masa lapang. Ia bukannya suatu tambahan (ekstra) dalam kehidupan. Ia merupakan suatu keperluan, seperti bekerja, bersembahyang, dan tidur. Rekreasi fizikal dan hobi, filem dan menonton televisyen, serta kegiatan intelektual, boleh dilakukan bersama atau dalam erti kata lain memperkayakan personaliti manusia. Walau bagaimanapun, seorang Sikh mesti berwaspada untuk melihat masa lapangnya bukan sebagai anti-sosial. Di sana sepatutnya tidak ada ruang dalam masa lapangnya untuk berjudi dan meminum arak, hiburan yang murah dan rendah tarafnya, dan teman yang tidak diingini.

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Pembaca Setia