CHARTER OF COMPASSION
The principle of compassion lies at the heart of all religious, ethical and spiritual traditions, calling us always to treat all others as we wish to be treated ourselves. Compassion impels us to work tirelessly to alleviate the suffering of our fellow creatures, to dethrone ourselves from the centre of our world and put another there, and to honour the inviolable sanctity of every single human being, treating everybody, without exception, with absolute justice, equity and respect.
It is also necessary in both public and private life to refrain consistently and empathically from inflicting pain. To act or speak violently out of spite, chauvinism, or self-interest, to impoverish, exploit or deny basic rights to anybody, and to incite hatred by denigrating others—even our enemies—is a denial of our common humanity. We acknowledge that we have failed to live compassionately and that some have even increased the sum of human misery in the name of religion.
We therefore call upon all men and women ~ to restore compassion to the centre of morality and religion ~ to return to the ancient principle that any interpretation of scripture that breeds violence, hatred or disdain is illegitimate ~ to ensure that youth are given accurate and respectful information about other traditions, religions and cultures ~ to encourage a positive appreciation of cultural and religious diversity ~ to cultivate an informed empathy with the suffering of all human beings—even those regarded as enemies.
We urgently need to make compassion a clear, luminous and dynamic force in our polarized world. Rooted in a principled determination to transcend selfishness, compassion can break down political, dogmatic, ideological and religious boundaries. Born of our deep interdependence, compassion is essential to human relationships and to a fulfilled humanity. It is the path to enlightenment, and indispensable to the creation of a just economy and a peaceful global community.

Piagam belas Kasihan
Prinsip belas kasihan tersemat dalam jiwa semua tradisi baik yang berasaskan agama, etika atau kerohanian yang sentiasa menyeru kita untuk melayani orang lain seperti yang kita harapkan diri kita dilayani. Perasaan belas kasihan mendorong kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kesengsaraan dan penderitaan manusia sejagat. Ia juga mendorong kita untuk melepaskan kepentingan kedudukan kita demi kebaikan dan kesejahteraan orang lain. Kita memuliakan dan menghormati kesucian hak individu yang tidak boleh dicabul, disamping memberi layanan kepada setiap orang dengan keadilan, kesaksamaan dan rasa hormat yang mutlak tanpa sebarang pengecualian .
Adalah juga penting buat kita dalam kehidupan awam dan persendirian untuk menahan diri secara berterusan dan secara empatik daripada menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada orang lain. Bercakap kasar atau bertindak ganas kerana perasaan dendam, cauvinis atau kepentingan diri;, mengurangkan, mengekploitasi atau menidakkan hak asasi kepada sesiapa sahaja; dan menghasut kebencian melalui fitnah – walaupun terhadap musuh kita – adalah suatu penafian terhadap rasa perikemanusian. Kami mengaku bahawa kami telah gagal hidup dengan semangat belas kasihan malah terdapat juga diantara kita yang telah menambah kesengsaraan dan penderitaan manusia atas nama agama.
Oleh itu kami menyeru kepada semua kaum lelaki dan kaum wanita supaya ~ menghidupkan semula perasaan belas kasihan sebagai asas kesusilaan dan keagamaan ~ kembali kepada prinsip lama bahawa sebarang tafsiran kitab suci yang menjadi punca keganasan, kebencian atau penghinaan adalah tidak sah ~ untuk menjamin kaum belia mendapat maklumat mengenai tradisi, agama dan kebudayaan orang lain dengan tepat dan benar ~ untuk menggalakkan penghargaan yang positif terhadap kepelbagaian budaya dan agama ~ untuk menanam empati yang rasional dan bersesuaian mengenai kesengsaraan manusia sejagat – termasuk dikalangan mereka yang dianggap musuh.
Adalah amat penting untuk kita dengan segera menjadikan perasaan belas kasihan sebagai suatu kekuatan yang senang difahami, jelas dan dinamik dalam dunia yang berpolarisasi.ini. Berlunaskan azam yang murni ini, perasaan belas kasihan mampu meruntuhkan sempadan-sempadan politik, dogma, ideologi dan agama. Berasaskan semangat saling bergantung antara satu sama lain yang mendalam, perasaan belas kasihan adalah penting bagi perhubungan manusia sejagat yang sempurna. Perasaan belas kasihan akan membawa kearah pencapaian pengetahuan, dan ianya amat mustahak untuk penjanaan ekonomi yang adil dan pembinaan satu komuniti global yang aman sentosa.

http://charterforcompassion.org

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Pembaca Setia